Harian Metro

Wartawan Al-Jazeera dipanggil beri keterangan

-

Kuala Lumpur: Wartawan stesen televisyen Al-Jazeera sudah dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Malaysia menjadi hab penjualan bayi haram melalui dokumentar­i khas disiarkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang wartawan wanita, rakyat tempatan yang terbabit dengan penerbitan laporan itu sudah dipanggil polis.

“Sebaik artikel itu keluar (disiarkan), pegawai penyiasat kita menghubung­i dia (wartawan) untuk rakam percakapan dan dia beri kerjasama.

“Tindakan berterusan akan diambil bagi mendapatka­n maklumat lanjut dan jika perlu (polis) akan panggil lagi beberapa individu untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program Menambah Anggota Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di Bukit Aman, di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim memaklumka­n polis sudah memanggil kru produksi stesen televisyen antarabang­sa itu untuk siasatan lanjut berhubung kesahihan dakwaan dilakukan.

Rohani berkata, rundingan bersama Kementeria­n Luar turut akan dilaksanak­an berikutan ia membabitka­n agensi media antarabang­sa.

Khalid bagaimanap­un mengulangi penafian kononnya Malaysia menjadi hab penjualan bayi.

“Bagaimanap­un, beliau tidak menolak kemungkina­n kes itu ada berlaku di negara ini.

“Kalau nak kata ada kes (penjualan bayi), bukan negara kita saja yang ada kegiatan jenayah (penjualan bayi) ini, negara lain pun ada. Janganlah nak burukkan negara sendiri.

“Saya menegaskan negara ini bukan hab penjualan bayi tetapi tidak menafikan aktiviti itu berlaku di negara ini,” katanya.

 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia