Harian Metro

Amal sistem bersih

-

„ Singapura kuat kuasa peraturan tegas banteras rasuah

“Kami berusaha dengan bersungguh-sungguh,” kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika ditanya bagaimana Singapura dapat mencatat pencapaian membanggak­an sebagai sebuah daripada negara di dunia yang paling kurang amalan rasuah.

“Ia bukanlah mudah, bagaimanap­un usaha ke arah itu perlu diteruskan. Langkah permulaan kami yang baik telah banyak membantu. Sejak dari mula lagi, ketika PAP (People’s Action Party) mengambil alih pada 1959, perkara ini diberi pertimbang­an utama.

“Kami mahu mengendali­kan sistem yang bersih, perkhidmat­an awam yang bersih dan kepemimpin­an politik yang bersih. Kami begitu tegas dalam menguatkua­sakannya,” kata Lee dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Istana pada Isnin.

Singapura merupakan negara kelapan di dunia paling kurang mengamalka­n rasuah, berdasarka­n Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarka­n Transparen­cy Internatio­nal, sebuah badan pemerhati yang berpangkal­an di Berlin.

Singapura, yang mencatat pencapaian keseluruha­n 85 dalam CPI 2015, berada pada kedudukan kedua di Asia daripada 168 negara dalam kaji selidik itu.

“Sesiapa yang melanggar peraturan, sama ada senior atau tidak, sama ada seorang penjawat awam atau menteri, kami perlu menyiasat dan akibatnya akan menyusul. Itu adalah bahagian yang sangat penting” katanya.

Beliau berkata, satu lagi bahagian yang amat penting adalah sikap masyarakat yang sememangny­a menjangkak­an perkara seperti ini daripada kerajaan.

“Apabila berlaku sesuatu yang tidak kena dan seseorang melakukan sesuatu yang tidak begitu betul, kami seringkali menerima laporan, mungkin sumbernya tidak dinamakan. Kami akan siasat. Jika kami memperoleh sesuatu, maka, kami akan meneruskan­nya (siasatan),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia