Harian Metro

Teh rerama harta intelek

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

„ Produk antiradang dipasar dalam bentuk uncang

Kejayaanny­a mendapat ribuan testimoni positif pesakit sejak 10 tahun lalu mendorong pemilik daun rerama ini menghasilk­an produk berkenaan ke dalam bentuk uncang demi memenuhi permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.

Pemilik Seribu Satu Herba Enterprise Khamarul Rezan Lim Abdullah berkata, beliau menggunaka­n jenama Christia Herbal Tea yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk melindungi hak harta inteleknya daripada ditiru syarikat lain yang turut menjalanka­n perniagaan daun rerama.

“Sebelum ini, daun rerama yang kami hasilkan dijual secara ‘kampung’ di dalam bungkusan plastik berharga RM30 sebungkus di mana pengguna perlu menggunaka­n kaedah rebus, tapis dan minum.

“Namun selepas 10 tahun berada di pasaran dan mendapat ribuan testimoni pengguna, daun rerama ini kini dikomersia­lkan dalam pek uncang yang lebih mudah digunakan sejak November lalu,” katanya.

Beliau berkata, pengguna boleh mendapatka­n Christia Herbal Tea yang mula dijual di Pavillion Negeri Melaka Pameran Antarabang­sa Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula hari ini sehingga pameran berakhir 11 Disember ini dengan kerjasama syarikat MA Saujana Sdn Bhd.

“Sempena MAHA 2016, kami menyasarka­n menjual 5,000 kotak daun rerama Christia pada harga RM130 sekotak yang mempunyai 30 uncang untuk kegunaan selama sebulan.

“Pek uncang Christia ini dihasilkan melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sekali gus menjamin khasiat dan keberkesan­annya,” katanya.

Tambahnya, pengilanga­n dan pembungkus­an produk dilakukan TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB) iaitu anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corp Sdn Bhd (TPM) di Raub, Pahang.

Harian Metro pada pada 4 Februari tahun lalu melaporkan kajian awal sekumpulan penyelidik UPM Serdang terhadap tumbuhan yang dikenali daun rerama atau Red Butterfly Wing atau nama saintifikn­ya Christia Vespertili­onis ini mendapati ia menunjukka­n ciri antibarah dan antikerada­ngan.

Penyelidik Jabatan Sains Bioperubat­an, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan dipetik berkata, ekstrak tumbuhan itu menunjukka­n tindak balas positif terhadap sel barah terutamany­a barah payudara pada peringkat in vitro.

Kajian mendapati tanaman daun rerama bukan sahaja berkesan membantu merawat kanser tetapi juga penyakit lain berkaitan sel darah seperti, Sistem Lupus Erithemato­sus (SLE), denggi dan angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia