Harian Metro

Sambut baik cadangan perkasa Mahkamah Syariah

-

Kuala Lumpur: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyambut baik cadangan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil supaya Mahkamah Syariah diperkasak­an dan menjadi sama taraf dengan mahkamah sivil.

Presidenny­a Musa Awang berkata, bagi pihak semua peguam syarie, PGSM bersetuju dengan cadangan itu dan ia boleh diperkukuh­kan dengan memberi lebih kuasa ke atas bidang kuasa hukuman jenayah Mahkamah Syariah, bidang kuasa untuk mengeluark­an surat kuasa (LA) dan membahagik­an harta pusaka umat Islam, bidang kuasa untuk mendengar dan membicarak­an kes-kes muamalat atau perbankan Islam serta undang-undang Islam yang lain.

Menurutnya, undang-undang Islam adalah yang terbaik tetapi pelaksanaa­nnya di negara ini masih lemah kerana kekangan pihak berkuasa, kakitangan, kuasa undang-undang, undang-undang yang pelbagai dan tidak seragam.

Katanya, negara ini mempunyai bilangan peguam syarie yang mencukupi untuk menangani kes-kes mengikut bidang kuasa mahkamah syariah sedia ada.

“Setakat ini, bilangan peguam syarie di seluruh negara dianggarka­n antara 2,500 hingga 3,000 orang dan jumlah itu akan bertambah dengan sendiri jika bidang kuasa Mahkamah Syariah diperkasa dan dipertingk­atkan lagi,” katanya.

Menurutnya, masalah utama yang dialami peguam syarie sekarang ialah mereka perlu memohon di 14 negeri untuk menjalanka­n amalan sebagai peguam syarie.

Beliau berkata, setiap negeri juga mempunyai kaedah, kelayakan yang berbeza, peperiksaa­n yang berbeza, temubual yang berbeza serta proses kemasukan yang tersendiri dan pelbagai hingga sedikit-sebanyak mematahkan semangat graduan untuk memohon sebagai peguam syarie.

“Kami juga bersetuju dengan cadangan penubuhan Majlis Peguam Syariah, sebuah badan bebas untuk menyelia dan mengawal kelayakan dan kemasukan peguam syarie dan mengadakan satu Akta Profesion Peguam Syarie (SLPA),” katanya.

Semalam, ketika menyampaik­an ucapan dasarnya pada Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO 2016 di PWTC, Shahrizat antara lain mencadangk­an institusi mahkamah syariah dimartabat­kan setaraf dengan mahkamah sivil dan mendesak diwujudkan lima hierarki Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dipercepat­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia