Harian Metro

Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Teh 150 tan buah-buahan

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Putrajaya: Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Teh Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (PUSPANITA), di sini, semalam.

Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Rohani Abdullah berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda terima kasih kepada baginda sempena tamat tempoh pemerintah­an Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

„ 108 gerai sedia dikunjungi pada MAHA bermula hari ini

Sebanyak 150 tan buah-buahan tempatan disediakan kepada pengunjung sempena Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia 2016 (MAHA 2016) di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) bermula hari ini hingga 11 Disember depan.

Ia merangkumi 50 jenis buah-buahan tempatan termasuk yang sukar diperoleh dari kepulauan Borneo seperti buah tarap dan boleh dibeli pengunjung di Istana Buah-Buahan (Castle of Fruits) yang disediakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata, terdapat 108 lot gerai yang menjual buahan-buahan tempatan serta pelbagai produk pertanian lain disediakan di Castle of Fruits.

“Selain itu, FAMA turut menyediaka­n tiga juta jagung manis untuk dijual kepada pengunjung sepanjang 11 hari pameran berlangsun­g.

“Jagung ini dijual pada harga yang jauh lebih berpatutan daripada harga pasaran dan orang ramai jangan ketinggala­n untuk mencubanya,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan bersama media ke tapak MAHA 2016, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Tuanku Abdul Mu’adzam Shah.

“Ia juga diadakan sebagai tanda penghargaa­n kepada Seri Paduka atas kasih sayang dan keprihatin­an baginda terhadap rakyat jelata terutama hal kebajikan di negara ini,” katanya berucap pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa merangkap Penasihat PUSPANITA dan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Halim Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Sementara itu Ismail berkata, pihaknya menjanjika­n pelbagai kelainan dan pengalaman menarik untuk pengunjung pada MAHA kali ini.

Katanya, pameran yang bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita itu terbahagi kepada pameran dalaman yang mempunyai lima kluster berbeza.

“Ia membabitka­n AgroTouris­m, AgroIT, AgroTrade, AgroLifest­yle dan AgroYouth.

“Di luar dewan pula, pengunjung boleh menikmati sendiri pengalaman pertanian secara ‘hands-on’ di tujuh laman antaranya Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur serta Laman Florikultu­r dan Laman Jentera,” katanya.

Menurut Ismail, MAHA kali ini juga terdapat pavilion negeri yang masing-masing menampilka­n reka bentuk unik, budaya dan makanan tersendiri.

Selain itu, tarikan yang sentiasa popular dalam kalangan pengunjung ialah jualan bahan pertanian dan makanan, antaranya 100 menu juadah popular dari 14 negeri.

“Beberapa segmen baru turut diperkenal­kan tahun ini iaitu Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin untuk kanak-kanak manakala untuk orang muda dan belia diadakan tapak perkhemaha­n serta pesta muzik Rhythm of the Farmers.

“Manakala segmen untuk orang dewasa dan usahawan kecil pula kita adakan Kampung Mok Cun yang membabitka­n selebriti siri berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatk­an datang pada hari biasa bagi mengelakka­n kesesakan pengunjung pada hari minggu,” katanya.

 ??  ?? TUANKU Haminah beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Santapan Teh Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, semalam.
TUANKU Haminah beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Santapan Teh Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, semalam.
 ??  ?? DR Ismail (tengah) mendengar penerangan daripada pengusaha bijirin, Ramana K Naidu (kanan), semalam.
DR Ismail (tengah) mendengar penerangan daripada pengusaha bijirin, Ramana K Naidu (kanan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia