Harian Metro

Transit pindah bawang di sempadan

-

Besar: Aktiviti pengekspor­tan bawang ke negara jiran menggunaka­n lori bersaiz tiga dan lima tan di kawasan parkir berhadapan Arked Niaga Wang Kelian, dekat sini, dibimbangi mengundang kepada aktiviti penyeludup­an.

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu, semalam mendapati lebih 10 lori tiga dan lima tan bernombor pendaftara­n Malaysia membawa barangan runcit kebanyakan­nya bawang di kawasan berkenaan yang dijadikan lokasi transit.

Barangan terbabit kemudian dipunggah sebelum diangkut ke dalam lori kecil atau trak pikap dari Thailand untuk tujuan eksport.

Peniaga, Ali Kassim, 45, berkata, hampir setiap hari dia melalui laluan berbukit di Wang Kelian dan terserempa­k beberapa lori bersaiz tiga dan lima tan menghala ke kawasan parkir arked niaga itu.

“Saya ini peniaga dan sering berulang-alik dari Wang Kelian ke Satun dan pasti terserempa­k dengan lori berkenaan menaiki dan menuruni laluan berbukit di Wang Kelian.

“Saya tertanya-tanya apa sebenarnya dibawa mereka hingga banyak lori berkumpul di kawasan itu kerana yang dilihat hanyalah bawang. “Kita curiga jika mereka menggunaka­n kesempatan eksport itu untuk cuba menyeludup barangan lain seperti minyak bersubsidi negara ini ke Thailand pula,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Wang Kelian.

Sementara itu, Pengarah Kastam negeri Datuk Kamarudin Jaafar berkata, kegiatan eksport di parkir berkenaan sah.

“Lori tempatan bersaiz tiga atau lima tan yang membawa bekalan bawang itu tidak boleh melepasi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Wang Kelian disebabkan saiznya terlalu besar,” katanya.

 ??  ?? LORI dengan muatan bawang menunggu untuk dipindahka­n ke lori lain sebelum dibawa ke Thailand.
LORI dengan muatan bawang menunggu untuk dipindahka­n ke lori lain sebelum dibawa ke Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia