Harian Metro

‘Saya teruja nak pulang’

- Nor Shafinaz Sari am@hmetro.com.my

„ Pelakon Wan Maimunah dapat kebenaran doktor balik walau masih sukar bernafas

“Pagi tadi, dada saya masih terasa sempit dan sukar bernafas namun doktor sudah beri kebenaran pulang ke rumah hari ini (semalam),” kata pelakon veteran Wan Maimunah Abdul Aziz, 62, yang ditemui di Hospital Jasin, di sini, semalam.

Wan Maimunah yang ditahan di wad hospital itu sejak Jumaat lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan jantung bengkak berkata, dia akan pulang ke rumah anaknya di Ayer Merbau untuk berehat.

Walaupun belum pulih sepenuhnya dan masih mengalami sesak nafas, pelakon itu menyatakan rasa teruja untuk pulang kerana mahu bersama-sama meraikan anaknya yang akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah hari ini.

“Malam ini (semalam), kami sekeluarga mengadakan majlis kenduri doa selamat kerana anak akan berangkat ke Makkah untuk tunaikan ibadat umrah, esok (hari ini), jadi saya mahu bersama-sama mendoakan keselamata­nnya.

“Keadaan saya tidak berapa baik pagi tadi (semalam), jadi saya serah kepada pihak hospital, tetapi berharap dibenarkan pulang,” katanya ketika menerima lawatan Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave, semalam.

Hadir sama, penyanyi Datuk A Rahman Hassan dan pelakon Datin Fadilah Mansor.

Pelakon yang terkenal dengan watak Mak Usu dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak dan individu yang datang melawat serta mendoakan kesihatann­ya sepanjang dia dirawat di hospital.

“Syukur sepanjang berada di wad, setiap hari pasti ada pelawat singgah untuk melihat keadaan saya, malah ada antara mereka datang dari luar Melaka semata-mata mahu bertanya khabar.

“Saya sangat terharu dengan keprihatin­an mereka, begitu juga dengan rakan YA1M yang datang dari Kuala Lumpur bagi menyampaik­an sumbangan,” katanya.

Sementara itu, DJ Dave berkata, YA1M sentiasa berusaha menjaga kebajikan artis di negara ini dengan menghulurk­an bantuan kepada mereka mengikut keperluan dan kesesuaian.

Beliau berkata, pada lawatan itu, pihaknya menyampaik­an sumbangan RM2,000 kepada Wan Maimunah bagi meringanka­n beban pelakon veteran berkenaan.

“Lawatan dan sumbangan yang disampaika­n adalah sebahagian daripada tanggungja­wab kami. Bila dapat berita mengenai rakan artis yang sakit, YA1M akan turun padang untuk lihat sendiri keadaan mereka.

“Kebajikan artis terutama yang veteran perlu dijaga,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan Wan Maimunah dirawat di Hospital Jasin akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan jantung bengkak.

Pelakon yang mesra dengan panggilan ibu itu mengalami sesak nafas pada 20 November lalu selepas pulang daripada mengerjaka­n ibadat umrah di Makkah.

 ??  ?? DJ Dave (dua dari kanan), A Rahman dan Fadillah melawat Wan Maimunah yang menerima rawatan di Hospital Jasin.
DJ Dave (dua dari kanan), A Rahman dan Fadillah melawat Wan Maimunah yang menerima rawatan di Hospital Jasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia