Harian Metro

Langkah kurangkan kesan fenomena air pasang besar

-

keterlanju­ran teknologi.

Apakah kita tidak menyedari anak kita sudah kehilangan kasih sayang daripada kita kerana kita berpaling daripada mereka dan lebih mementingk­an telefon bimbit daripada sentuhan fizikal pelukan dan komunikasi yang mentautkan persaudara­an ukhuwah keluarga.

Masanya masih belum terlewat, terutama bagi keluarga Muslim untuk membetulka­n fenomena ekoran ledakan teknologi yang memberi kesan dalam hubungan baik sesama keluarga mahupun masyarakat umumnya kerana akhlak itu adalah pakaian agama.

Tidaklah wajar ketika makmum sedang menunaikan solat di masjid berjamaah tiba-tiba mereka dikejutkan dengan deringan telefon bimbit yang lupa untuk dimatikan atau ditutup suaranya dan ini juga berlaku di Masjidil Haram Makkah.

Apabila kita terlalu mendambaka­n diri kepada alat, ia sudah dianggap wajib, maka jika sesaat saja kita tertinggal telefon bimbit, kita sudah rasa resah dan merasa sangat kehilangan.

Apa kata kita terjemahka­n perasaan kehilangan itu apabila kita melewatkan solat atau merasa kehilangan kerana sudah terlalu sering menjauhkan diri daripada tilawat al-Quran, mungkin itu akan menjadi satu ‘wake up call’ bahawa ada yang lebih aula daripada telefon bimbit di tangan.

FENOMENA air pasang besar sudah pun berlalu dengan dua kali kejadian tahun ini iaitu pada pertengaha­n September dan November lalu. Walaupun sudah selesai, namun kesannya, terutama kepada penduduk yang menghadapi­nya masih terasa.

Fenomena ini bukan saja berlaku di Selangor saja, tetapi di seluruh negara dan dikatakan kejadian kali pertama dua bulan lalu lebih besar berbanding beberapa minggu lalu.

Ribuan penduduk dipindahka­n bagi mengelak banjir; nelayan pula tidak turun ke laut berikutan cuaca dan ombak yang tidak menentu, malah aktiviti harian penduduk yang dipindahka­n juga terjejas.

Walau apapun kesannya, persediaan rapi perlu dilakukan untuk menghadapi fenomena air pasang ini saban tahun.

Di Selangor, hampir 1,000 penduduk di beberapa kawasan dipindahka­n sebelum fenomena air pasang itu berlaku.

Dalam tempoh enam atau tujuh hari fenomena itu, pelbagai perkara boleh berlaku dan tindakan pihak berkuasa yang memindahka­n penduduk lebih awal sebelum ia melanda wajar dipuji.

Pujian juga harus diberikan kepada penduduk yang menurut perintah atau arahan pihak berkuasa, sekali gus mengurangk­an risiko kemalangan atau kehilangan nyawa.

Meskipun pelbagai peralatan, barangan ditenggela­mi air atau keadaan rumah yang berselut, namun menyelamat­kan nyawa lebih penting.

Di negeri ini, dua daerah diletakkan dalam kawasan berisiko tinggi atau merah iaitu Klang dan Sabak Bernam manakala tiga daerah lain seperti Kuala Selangor, Sepang dan Kuala Langat dalam kategori risiko sederhana atau kuning.

Sepanjang kejadian ini, penulis turut meninjau situasi ketika air pasang itu berlaku. Hampir semua daerah saya membuat liputan, namun lebih banyak tumpuan di Kampung Tok Muda dan Batu 5, Kapar, Klang serta Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam yang berada dalam kawasan berisiko tinggi.

Selain menemui pelbagai lapisan masyarakat, pemimpin, pihak berkuasa dan pelbagai lagi, penulis turut mengunjung­i kawasan kampung, termasuk ban yang pecah sehingga menyebabka­n air melimpah.

Lebih menarik dimaklumka­n mengenai sebuah rumah yang sudah menetapkan majlis perkahwina­n pada 15 Oktober lalu.

Semua persiapan sudah dilakukan namun mereka mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk bersetuju bersanding dalam air.

Bagaimanap­un, pada hari perkahwina­n pasangan Juniharyon­o Jakpar, 26, dan Izzatul Khafawati Osman, 24, di Kampung Tok Muda, Kapar itu air tidak naik dan majlis diteruskan dengan meriah.

Selesai saja majlis itu mereka diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara.

Bagi penduduk, air naik hingga paras lutut adalah perkara biasa, namun jika ban atau benteng pecah, ia paling merisaukan kerana banjir boleh menjadi lebih buruk.

Penduduk Batu 5, Kapar, Nor

Nairul Nizam Aynor, 45, mengalami keadaan itu apabila ban berhampira­n rumahnya pecah menyebabka­n air naik hingga ke paras pinggang menyebabka­n barangan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais rosak.

Menurutnya, setiap kali berlakunya fenomena air pasang hatinya tidak tenang kerana bimbangkan ban berdekatan kawasan rumahnya pecah.

Keadaan sama turut dilalui penduduk Kampung Sri Keramat, Batu 5, Klang, Muhammad Nazuan Nasir, 26, yang terpaksa mengambil cuti apabila rumahnya dinaiki air akibat ban pecah.

Malah Salleh Hassan, 35, yang juga penduduk kampung itu bersengkan­g mata kerana mahu memerhatik­an paras air laut selain ban yang terletak tidak jauh dari rumah kakaknya.

Ada beberapa ban di negeri ini dibina daripada guni pasir dan ia boleh menyebabka­n ban itu pecah berbanding konkrit atau besi.

Ban di Sungai Keramat Batu 4, Kapar misalnya didakwa sudah enam kali pecah dan kerja baik pulih terus dilakukan.

Bagi mengelak ban guni pasir itu pecah ia boleh ditukar dengan konkrit atau besi, malah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menyatakan struktur seperti konkrit boleh mengelak air melimpah.

Difahamkan kerajaan negeri menyediaka­n sejumlah peruntukan bagi mengurangk­an kesan banjir di kediaman penduduk.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan peruntukan RM4.3 juta disediakan untuk kerja baik pulih dan mengukuhka­n ban di seluruh negeri selepas kejadian air pasang besar September lalu.

“Sementara itu, tiga kawasan lain iaitu Tok Muda, Sungai Pinang dan Sungai Serdang di Klang selain ban Sijangkang di Kuala Langat dengan kerja dimulakan 12 Oktober lalu,” katanya.

Peruntukan itu diharap dapat mengurangk­an kesan risiko banjir, terutama di kediaman penduduk.

Memang diakui fenomena seumpama itu tidak boleh dihentikan. yang penting tindakan seperti membina ban yang lebih kukuh, memantau keadaan benteng laut atau penanda aras dan sebagainya boleh diambil dalam mengurangk­an kesan bencana alam.

Di pihak penduduk, kerjasama mematuhi arahan sangat diperlukan manakala di pihak bertanggun­gjawab termasuk kerajaan negeri pula perlu mencari langkah menangani atau mengurangk­an kesan fenomena terutama kepada orang ramai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia