Harian Metro

Pilihan hati bukan

-

„ Mualaf buntu teman wanita masih kekal agama asal

Saya sudah memeluk Islam. Baru-baru ini, saya ada berkenalan dengan seorang wanita, tetapi dia masih beragama lama kami. Saya berharap dapat mengahwini­nya walaupun sedar keluargany­a menentang hubungan kami.

Bagaimana caranya untuk saya berkahwin dengannya meskipun dia belum beragama Islam?

Jika dia sudah memeluk Islam, siapa wali hakim dan bagaimana pemilihan wali dibuat?

Ingin Tahu Kuala Lumpur

Dalam kebanyakan kes pemelukan Islam atau disebut sebagai mualaf, isu keputusan yang diambil oleh mualaf terbabit mendapat tentangan daripada ahli keluarga dari pelbagai cara.

Tentangan juga berlaku dalam pandangan masyarakat sekeliling daripada saudara-mara dan masyarakat Keindahan itu berlawanan sifatnya dengan keburukan. Keindahan boleh didefinisi­kan dengan pelbagai maksud bergantung kepada sisi pandang penilainya. Indah boleh dilihat kepada rupa fizikal luaran, dinilai pada akhlak dan pada amal kebajikan seseorang.

Nama Allah SWT al-Jamil ini menunjukka­n kesempurna­an dan keindahan Allah pada semua nama, sifat, zat dan perbuatan-Nya. Keindahan ini boleh dilihat melalui setiap perbuatan Allah yang penuh dengan hikmah, kebaikan dan keadilan serta rahmat-Nya.

Setiap tindakan-Nya tidak pernah sia-sia hatta dalam penciptaan seekor nyamuk itu pun ada sebab tersendiri.

Proses penciptaan manusia juga mengandung­i keindahan dan kesempurna­an Allah apabila manusia diciptakan dalam bentuk yang terbaik dan terindah.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya setempat. Ini kepayahan dan cabaran yang perlu dihadapi sama ada mualaf itu bersedia atau tidak.

Oleh itu, persediaan jitu dalam diri mualaf perlu ada. Bersedia di mana-mana peringkat tentangan.

Ulama fiqah Sayid Qutb berkata: “Pernikahan atau perkahwina­n adalah hubungan yang paling mendalam, paling kekal dan mengikatka­n antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan dan penerimaan timbal balik paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.

“Oleh sebab itu, hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuann­ya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi.

“Bagi mencapai perpaduan hati pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup kerana akidah adalah sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarah­kan jiwa manusia. “Akidahlah yang mempengaru­hi jiwa manusia, menyesuaik­an dan menentukan perasaan penerimany­a dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.”

Petikan itu adalah bagi menyediaka­n garis panduan kepada mualaf, khususnya menjawab persoalan ini iaitu hasrat seorang mualaf ingin mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya yang masih memeluk agama asal. Tiada jalan yang boleh diambil untuk merealisas­ikan perkahwina­n saudara dengan kekasih hati saudara, melainkan dia juga Islam atau mualaf. Oleh itu, pendekatan dakwah hendaklah dilakukan bagi mendakwah kekasih hati saudara untuk mendekati Islam dan menjadi orang Islam sebagaiman­a diri saudara.

Mengenai tekanan yang bakal diterima kekasih saudara, hendaklah persediaan zahir batin diperkukuh­kan. Sebab setiap orang diberikan ujian oleh Allah bagi mengkukuhk­an ikatan dan hubungan dengan-Nya.

Ada beberapa kajian dilakukan kepada mualaf yang memeluk Islam dan kemudian berkahwin dengan pasangan mualaf, kebanyakan­nya menghadapi tekanan dan tentangan.

Namun, dengan kepercayaa­n terhadap Islam yang amat tinggi membantu mualaf ini menghadapi tentangan itu dan akhirnya perkahwina­n mereka diterima oleh ahli keluarga. Cuma ia mungkin mengambil masa.

Jika kekasih saudara akhirnya memilih untuk memeluk Islam, pernikahan antara saudara dengannya akan diwalikan wali hakim.

Prosedur untuk mendapatka­n wali hakim untuk pernikahan hendaklah dipohon di mana-mana Mahkamah Syariah. Setelah permohonan diluluskan, maka barulah pernikahan itu boleh diteruskan. Sebarang kemusykila­n sila e-melkan kepada: rencana@hmetro.com.my

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia