Harian Metro

Sifat al-Jamil Allah sempurna, indah

-

terdapat kesombonga­n sebesar zarah.”

Ada seseorang yang bertanya: “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?”

Baginda menjawab: “Sesungguhn­ya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini mengambark­an kecintaan Allah kepada keindahan dan keindahan itu meliputi seluruh syariat-Nya.

Allah mencintai hamba-Nya yang menghiasi ucapannya dengan kejujuran, beramal dengan penuh keikhlasan serta setiap pengharapa­n dan tawakalnya hanya diserahkan kepada-Nya.

Setiap perbuatan atau niat yang buruk harus ditepis keluar daripada hati seseorang Muslim. Ini adalah kerana di saat seorang itu menghiasi dirinya dengan adab dan akhlak terpuji, maka dia menghiasi dirinya dengan sebaik-baik perhiasan.

Islam meletakkan adab dan akhlak terpuji pada tahap yang tinggi. Keindahan manusia itu bukan saja dilihat melalui keindahan hatinya dalam mencintai Allah, tetapi juga dimanifest­asikan melalui fizikal.

Bagi memperliha­tkan nikmat yang dianugerah­kan kepada kita, haruslah kita menjaga kesihatan dan ketrampila­n diri.

Adalah menjadi sunah kepada seorang Muslim untuk sentiasa menjaga kekemasan diri, sebagai contoh menyikat rambut, memotong kuku dan memakai wangian.

Kita juga dituntut menghiasi tubuh badan dengan pakaian bersih daripada najis dan kotoran serta memakai pakaian yang baik.

“Makan serta minumlah, bersedekah­lah dan pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Allah suka terlihatny­a kesan nikmat yang dilimpahka­n-Nya kepada hamba-Nya. Ini adalah kerana ia juga termasuk dalam keindahan dicintai-Nya serta termasuk dalam bentuk syukur kepada nikmat diberi.

Semoga keindahan lahir dan batin dikurniaka­n kepada kita membolehka­n serta memudahkan kita untuk memahami dan mengamalka­n petunjuk-Nya dengan baik dan benar.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di UPM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia