Harian Metro

Cinta tak bersatu

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

„ Pemuda lemas motosikal terbabas masuk sungai

Ipoh: Jeritan 33 murid dan empat guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang jelas kedengaran sebaik bas persiaran membawa rombongan sekolah itu merempuh tiang di Plaza Tol Ipoh Selatan, di sini, semalam.

Wartawan Harian Metro yang ketika itu melalui lorong plaza tol di tepi bas berkenaan selepas beberapa saat kejadian berlaku jelas mendengar tangisan serta jeritan pelajar sekolah berkenaan sebelum memberhent­ikan kereta untuk melihat kejadian dan memberikan bantuan.

Dalam kejadian jam 5 petang, sekurang-kurang 10 murid termasuk guru cedera selepas bas membawa murid tahun enam sekolah itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dan ingin singgah

“Sejak malam tadi (kelmarin) saya tak sedap hati kerana arwah tidak membalas WhatsApp yang dihantar, biasanya dia akan berbuat demikian apabila balik dari kerja selepas jam 8 malam setiap hari.

“Pagi tadi (semalam) saya menunggu dia membalasny­a sebelum dikejutkan bakal tunang ditemui lemas di Sungai Kampung Pulau Kechil, Tunjang jam 11 pagi,” kata Nurul Atikah Nordin, 17.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Hisyamuddi­n Ahmad, 19, yang menunggang motosikal seorang diri dikatakan dari Kampung Pulau Kechil, Tunjang menghala ke Kampung Jeram, dekat sini.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia dipercayai hilang kawalan dan terbabas jatuh ke sungai berkenaan.

Kejadian itu berlaku hanya satu kilometer dari rumahnya di Kampung Hutan Getah, Tunjang, dekat sini, dan mangsa dikatakan tidak membawa telefon ke Ipoh selepas selesai lawatan di Melaka serta Cameron Highlands.

Pasukan perubatan yang tiba beberapa minit bimbit dan dompet.

Menurut Nurul Atikah, arwah ada memberitah­u hasratnya untuk menghantar rombongan meminang Aidilfitri tahun depan selepas berbincang dengan keluargany­a disebabkan sudah tiga tahun berkenalan.

“Kebetulan hari ini (semalam) genap tiga tahun kami berkenalan dan saya terkejut apabila rakan datang ke rumah memaklumka­n Muhammad Hisyamuddi­n sudah tiada.

“Saya memaklumka­n kejadian kepada ibu, Norsiah Tahir berikutan sedih dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa, semalam.

Nurul Atikah berkata, perubahan sikap arwah sejak akhir-akhir ini sangat ketara, malah lebih banyak mendiamkan diri dan ada ketika suka marah tanpa sebab.

Katanya, sepanjang berkawan, arwah seorang yang sangat baik dan suka menolong sesiapa dalam kesusahan tanpa mengira waktu.

“Kali terakhir saya bertemu arwah dua hari lalu ketika dia datang ke rumah saya di Kampung Seberang, tidak jauh dari sini dan dia lebih banyak diam berbanding sebelum ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior, itu.

Ibu mangsa, Fatimah Awang, 63, berkata, dia hanya mengetahui anaknya meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam iaitu selepas sejam jasad anaknya ditemui anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra.

Jenazah Muhammad Hisyammudi­n dibawa ke Hospital Jitra (HJ) untuk bedah siasat sebelum dituntut waris untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Kechil petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superinten­dan Abd Hadi Hassan mengesahka­n kes dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, berdasarka­n siasatan awal, mangsa tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? NURUL Atikah menunjukka­n gambar Muhammad Hisyamuddi­n yang maut dalam kemalangan pagi semalam.
NURUL Atikah menunjukka­n gambar Muhammad Hisyamuddi­n yang maut dalam kemalangan pagi semalam.
 ??  ?? KEADAAN bas persiaran yang merempuh tiang Plaza Tol Ipoh Selatan. Gambar kecil, sebahagian penumpang bas berkenaan yang terselamat.
KEADAAN bas persiaran yang merempuh tiang Plaza Tol Ipoh Selatan. Gambar kecil, sebahagian penumpang bas berkenaan yang terselamat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia