Harian Metro

Rayuan air mata Pekan koboi kena serbu

-

Serdang: Tidak ubah seperti bandar koboi apabila ramai pemandu kereta dan penunggang motosikal didapati berkeliara­n di jalan raya tanpa memiliki lesen memandu sah di sekitar daerah ini.

Kesalahan serius itu terbukti apabila seramai 81 individu diberkas polis dalam Operasi Zero Tolerance Policing (Ops ZTP) dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bermula Sabtu lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, tiada lesen memandu adalah kesalahan tertinggi yang direkodkan sepanjang tempoh empat hari operasi berkenaan dijalankan.

“Daripada 505 notis saman dikeluarka­n, 81 notis membabitka­n kesalahan tiada lesen memandu. Dalam setiap operasi yang dijalankan, kami mengesan ramai dalam kalangan pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen memandu.

“Malah ada antara mereka yang sudah memandu atau menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu bagi tempoh lama walaupun individu itu boleh mendapatka­n lesen pada usia seawal 16 tahun,” katanya.

Operasi yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari itu turut mengesan kesalahan lain dilakukan pengguna jalan raya termasuk cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang, menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu dan lain-lain.

“Pemeriksaa­n terhadap 654 kenderaan dalam operasi berkenaan sepanjang tempoh itu berjaya mengesan pesalah trafik melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang lalu lintas.

“Antara lokasi yang dipilih dalam operasi ZTP kali ini adalah Plaza Tol Batu 13 Puchong, Bandar Puteri, Tol Besraya, Jalan Serdang, Jalan Bukit Jalil-Puchong, Tol Batu 14 Puchong, Seri Kembangan dan Persiaran Putra Permai, di sini,” katanya.

„ Sembilan pesalah trafik tegar terus diheret ke Mahkamah Trafik Jalan Duta

 ??  ?? ANGGOTA polis trafik menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap penunggang motosikal dalam Ops Warta di Jalan Shamelin.
ANGGOTA polis trafik menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap penunggang motosikal dalam Ops Warta di Jalan Shamelin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia