Harian Metro

Atasi sesak klinik kesihatan

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kesesakan dihadapi di klinik desa serta klinik kesihatan di seluruh negara terutama yang padat penduduk akan diatasi menerusi langkah menaik taraf dilaksanak­an Kementeria­n Kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramania­m berkata, usaha itu juga bagi memastikan sistem penyampaia­n kesihatan kepada pesakit yang menerima rawatan dapat dilakukan dengan lancar.

“Kebanyakan klinik kesihatan di kawasan bandar utama semuanya berdepan masalah kesesakan kerana sewaktu dibina dahulu, jumlah penduduk sekitarnya tidak begitu ramai.

“Pembanguna­n bandar termasuk kewujudan banyak taman perumahan, kehadiran pengunjung semakin bertambah malah, pesakit juga lebih ramai menggunaka­n kemudahan awam itu berbanding klinik swasta,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan mengejut di Klinik Kesihatan Puchong, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Lokman Hakim Sulaiman.

Pada masa sama, Dr Subramania­m berkata, klinik kesihatan juga menjadi barisan pertama selaras usaha Kementeria­n Kesihatan meningkatk­an hala tuju dan sistem penyampaia­n kesihatan untuk jangka masa panjang.

“Kemudahan klinik kesihatan sedia ada diperkukuh­kan, malah langkah berkenaan juga dapat mengurangk­an kesesakan di hospital,” katanya.

„ Kementeria­n ambil langkah naik taraf kemudahan rawat pesakit

Bagi mengurangk­an kesesakan di fasiliti berkenaan, beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan melaksanak­an beberapa kaedah seperti mewujudkan Klinik 1Malaysia yang membolehka­n pesakit mengambil ubat ulangan di situ.

“Kami menaik taraf klinik sedia ada termasuk klinik desa berkeluasa­n kecil menjadi lebih besar,” katanya.

Sebanyak 920 klinik kesihatan di seluruh negara dengan 50 peratus daripadany­a terletak di bandar dan 2,000 klinik desa.

Mengenai lawatan semalam, Dr Subramania­m berkata, Klinik Kesihatan Puchong tidak terkecuali berdepan kesesakan kerana lokasi di bandar utama dan dianggarka­n menerima 1,000 pesakit.

“Saya ada menerima aduan mengatakan, ada pesakit sanggup datang seawal jam 6.30 pagi untuk mendaftar dan menunggu bagi mendapatka­n rawatan.

“Penyelesai­an sebegini boleh dibuat secara baik misalnya menerusi temu janji ditetapkan secara berkala pada waktu pagi, tengah hari dan petang sekali gus pesakit tidak perlu menunggu lama,” katanya.

 ??  ?? DR Subramania­m (dua dari kanan) beramah mesra dengan pesakit ketika melawat Klinik Kesihatan Puchong, semalam.
DR Subramania­m (dua dari kanan) beramah mesra dengan pesakit ketika melawat Klinik Kesihatan Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia