Harian Metro

BIMBANG NAK BALIK

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

„ Pasangan tua terus menetap di pusat perlindung­an berikutan rumah mudah dinaiki air

Kuala Terengganu

Hanya tinggal sepasang suami isteri yang berlindung di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek, di sini, semalam, selepas rumah mereka masih digenangi air.

Misrah Hamid, 61, dari Kampung Tok Payong, Kuala Ibai berkata, keadaan persekitar­an rumahnya yang masih digenangi air menyebabka­n dia dan suami, Mohamad Salim, 63, bimbang kerana keadaan cuaca masih tidak menentu.

“Walaupun hanya saya dan suami saja ditempatka­n di pusat pemindahan ini, tetapi keadaan di sini selesa dan kami tidak bimbang.

“Memang hari ini (semalam) tidak hujan, tetapi keadaan redup membuatkan kami bimbang kerana kemungkina­n hujan lebat boleh kembali melanda,” katanya.

Menurutnya, walaupun hanya mereka berdua, tetapi petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sukarelawa­n sentiasa memantau dan membawa makanan secukupnya.

Katanya, jika keadaan tidak hujan sehingga hari ini, berkemungk­inan dia dan suaminya kembali ke rumah selepas ditempatka­n ke pusat pemindahan itu sejak jam 8 malam kelmarin.

Pasangan berkenaan ditempatka­n bersama sebuah lagi keluarga dari

Chukai: Hujan lebat luar biasa hingga mencecah 265 mililiter (ml) kelmarin dikenal pasti sebagai punca banjir berlaku di beberapa kawasan kampung di Kemasik, di sini.

Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata, antara kampung yang terjejas ialah Kampung Kukuran, Kampung Rumah Murah, Kampung Kanan dan Kiri dan pekan Kemasik.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabka­n beberapa kawasan di sekitar Kijal juga mengalami kesan apabila kediaman penduduk turut dinaiki air.

Katanya, sejak petang kelmarin sebanyak tiga pusat pemindahan di daerah berkenaan dibuka untuk menempatka­n penduduk selepas kediaman mereka terjejas.

“Segala persiapan sudah dilakukan sebelum ini dan tiada masalah untuk menempatka­n mereka di pusat pemindahan berkenaan.

“Semuanya berjalan lancar dan segala keperluan kepada mangsa dapat disediakan mengikut perancanga­n supaya mereka itu berasa selesa berada di pusat pemindahan ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik, pagi semalam.

Menurutnya, lebih 300 mangsa banjir ditempatka­n di tiga pusat pemindahan yang dibuka di daerah berkenaan sejak kelmarin dan sebahagian besarnya berada di SMK Badrul Alam Shah.

Semua pusat pemindahan iaitu SMK Badrul Alam Shah, Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong dan Balai Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) Titian Berayun sudah ditutup jam 6 petang semalam dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Rosman berkata, kontraktor Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi kontraktor­nya juga sudah mengambil tindakan membersih sampah yang tersumbat di longkang besar Kampung Baru Kemasik.

Katanya, tindakan itu diambil bagi membolehka­n aliran air terutamany­a jika hujan lebat kembali melanda akan membolehka­nnya mengalir dengan baik dan tidak menjejaska­n kawasan berdekatan. Kampng Padang Gong Pak Maseh di pusat pemindahan itu, tetapi dibenarkan pulang jam 2 petang semalam.

Misrah berkata, keadaannya yang kurang sihat kerana sakit lutut menyebabka­n dia tidak mahu menanggung risiko kerana sukar berpindah semula sekiranya air kembali naik.

“Masa pindah semalam (kelmarin), rakan suami yang membantu membawa kami berdua ke pusat pemindahan ini dengan keretanya,” katanya.

Menurutnya, lokasi rumahnya yang berhampira­n paya menyebabka­n kawasan kediamanny­a itu mudah dinaiki air sekiranya hujan lebat melanda.

“Tambahan pula sekarang banyak rumah dibina di kawasan itu menyebabka­n kediaman saya menjadi takungan air apabila banyak tanah paya ditimbus,” katanya.

Dia berkata, sudah dua tahun dia menjadi mangsa banjir dan paling teruk dialaminya pada 2014 apabila air memasuki rumah hingga ke paras pinggang dan banyak barang dalam rumah rosak.

 ??  ?? NUR Norhaya Omar, 54, bersama cucunya, Nur Dhaifiena Atika Jasmi, 7, membersihk­an kekotoran di Taman Sri Intan 2, Jalan Sultan Omar.
NUR Norhaya Omar, 54, bersama cucunya, Nur Dhaifiena Atika Jasmi, 7, membersihk­an kekotoran di Taman Sri Intan 2, Jalan Sultan Omar.
 ??  ?? ZULKIFLI Deraman, 52, bertungkus-lumus membersihk­an rumah di Kampung Chabang Empat, Chendering.
ZULKIFLI Deraman, 52, bertungkus-lumus membersihk­an rumah di Kampung Chabang Empat, Chendering.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia