Harian Metro

Kerana air kotak

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

„ Pelajar tingkatan 1 cedera dibuli enam senior

Enam pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah agama di bandar raya ini dikenal pasti antara suspek yang terbabit dalam kes memukul seorang pelajar tingkatan satu sekolah sama hanya kerana mangsa enggan memberi air kotak pada 17 November lalu.

Kes buli itu tersebar dalam media sosial sejak kelmarin dengan mangsa dikatakan patah rusuk kiri selepas dipercayai dipukul beberapa pelajar seniornya dan bapa mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa hanya dipukul dengan tangan serta kaki dan tidak membabitka­n sebarang senjata.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis yang menjalanka­n siasatan sudah mengambil keterangan dari semua pihak termasuk mangsa dan keenam-enam suspek serta tiga saksi kejadian.

“Berdasarka­n siasatan kejadian dilaporkan berlaku pada 17 November lalu jam 3.30 petang dan bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang pada keesokan harinya selepas membawa anaknya menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Susulan itu siasatan dijalankan dan enam pelajar tingkatan tiga sekolah agama sama dicam terbabit dalam kejadian pukul terbabit,” katanya selepas Majlis Penyampaia­n Sijil Ucap Tahniah Kenaikan Pangkat Sarjan ke Sarjan Mejar dan Majlis Persaraan Warga Polis Kontinjen Perak di Pengkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), di sini, semalam.

Tian Kee berkata, polis turut memaklumka­n mengenai suspek berkenaan kepada pihak sekolah dan difahamkan pengurusan sekolah mengambil tindakan disiplin dengan membuang enam pelajar berkenaan dari asrama.

Menurutnya, kertas siasatan berhubung kes berkenaan sudah dilengkapk­an dan diserah kepada pegawai pendakwaan negeri (PPN) untuk tindakan lanjut dan pihaknya mencadangk­an ia disiasat mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan.

“Setakat ini keenam-enam pelajar berkenaan tidak ditahan.

“Polis juga membuka satu lagi kertas siasatan kerana enam hari selepas kejadian terdapat 10 lelaki dipercayai saudara kepada pelajar tingkatan satu yang di buli dipercayai mengambil tindakan sendiri dengan menyerang dan mencederak­an seorang daripada suspek,” katanya.

Dalam kejadian buli di sekolah agama itu, Muhammad Aiman Fahmi Norrizzal, 13, mendakwa ditendang dan ditampar selain diseret beberapa pelajar senior di surau sekolah berkenaan berikutan seorang daripada mereka tidak berpuas hati kerana dia enggan memberikan air kotak miliknya ketika diminta. Kota Bharu: Selepas kisahnya menjadi viral dan disiarkan di akhbar, nasib Abdullah Mat Jusoh, 78, atau Pak Lah yang tinggal di bawah Jambatan Selising-Tok Bok, Machang dekat Kampung Sungai Durian, Pasir Puteh terbela apabila pelbagai bantuan yang diterima termasuk pembinaan sebuah rumah.

Pengasas Badan Bukan Kerajaan (NGO) The Third Force, Raja Shamri Raja Husin berkata, pihaknya bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kini sedang membina sebuah rumah kepada warga emas itu yang bernilai RM20,000.

Katanya, pembinaan rumah bermula sejak tiga hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh tiga minggu.

“Rumah ini dibina berdekatan kediaman anak saudaranya di kampung sama dilengkapi bilik air, bilik tidur dan pelbagai kemudahan untuk memastikan Pak Lah selesa untuk bergerak.

“Alhamdulil­lah, kesihatan Pak Lah semakin baik dan sudah boleh berjalan dalam jarak dekat saja. Saya yakin jika ahli keluarga dan masyarakat terus memberi sokongan, kesihatan Pak Lah akan menjadi lebih baik,” katanya.

Menurutnya, selain membina rumah, pihaknya juga membawa warga emas itu ke hospital kelmarin, untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Katanya, warga emas itu tidak mempunyai sebarang penyakit dan perlu mendapat sokongan daripada semua pihak untuk meneruskan kehidupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia