Harian Metro

Hukuman Tian Chua kekal RM2.4 juta

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengekalka­n hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua atas kesalahan tidak mematuhi Perintah Kawasan Larangan pada 2012.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati alasan penghakima­n Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini adalah sah dan memadai dengan sabitan serta hukuman.

Beliau memutuskan bahawa tiada keadilan yang terhalang dan kenyataan pembelaan yang dikemukaka­n oleh Tian Chua adalah bersifat penafian semata-mata.

Tian Chua atau Chua Tian Chang, 53, diwakili peguam Shahid Adli Kamaruddin manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajuddin.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n hukuman itu ditangguhk­an sehingga rayuan selesai di Mahkamah Rayuan.

Pada 23 Januari 2014, Mahkamah Sesyen memutuskan Tian Chua bersalah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa tidak mematuhi arahan pegawai polis supaya beredar dari kawasan yang diisytihar­kan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, pada jam 2.30 pagi, 29 April 2012.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman penjara enam tahun, tiga sebatan dan denda RM200,000 terhadap seorang ejen penjual kereta yang didapati bersalah menipu seorang ahli perniagaan membabitka­n kerugian lebih RM2.4 juta, empat tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati Ahmad Haniff Solhi Omar, 35, bersalah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman itu bermula serta merta serta tambahan penjara 18 bulan jika gagal membayar denda.

Dalam penghakima­nnya, Zulqarnain berkata, hukuman itu adalah sebagai isyarat kepada umum yang terbabit dengan aktiviti jual beli kenderaan mewah supaya tidak terbabit dengan penipuan.

“Dalam menjatuhka­n hukuman, mahkamah mengambil kira bahawa kes tipu membabitka­n jual beli kenderaan mewah ini semakin serius.

“Malah, sehingga Oktober lalu sebanyak 455 kes dikesan dan membabitka­n kerugian sebanyak RM15

„ Ejen penjual kereta dihukum penjara enam tahun, tiga sebatan, denda RM200,000

juta,” katanya.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan peguam Mohd Farid Abdul Aziz yang mewakili tertuduh untuk menangguhk­an hukuman penjara dan sebat sehingga rayuan selesai.

Oleh itu mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan sebelum ini daripada RM62,000 kepada RM72,000. Ahmad Haniff Solhi, didakwa menipu Lokman Kamal Teh, 27, dengan memperdaya­kannya sehingga mempercaya­i bahawa urus niaga jual beli kereta import dengan menggunaka­n nama syarikat Panther Car Co (M) adalah benar dan mendorong mangsa untuk menyerahka­n wang sebanyak RM2,450,000.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Aris Kamalluudd­in.

Mahkamah juga menetapkan 14 Disember ini untuk penilaian bagi ganti rugi yang perlu dibayar oleh tertuduh terhadap mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia