Harian Metro

Mak nyah warga Thailand terima hukuman gantung

-

Shah Alam: “Alasan tidak mengetahui kandungan dadah itu tidak masuk akal kerana tertuduh mempunyai akses sepenuhnya untuk membuka beg berisi kain sari berkenaan. Selain itu, mengapa tertuduh perlu transit terlebih dulu di Malaysia sedangkan boleh terus pulang ke negaranya,” kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha.

Beliau berkata demikian sebelum menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap seorang mak nyah warga Thailand yang didapati bersalah mengedar lebih satu kilogram dadah di Lapangan Terbang Antarabngs­a Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, tiga tahun lalu.

Terdahulu tertuduh, Thanakorn Sinsanoi, 25, yang juga pekerja seks kelihatan sugul ketika mendengar hujahan dan keputusan yang diterjemah­kan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Thai.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis methamphet­amin seberat 1,333 gram di Cawangan Pemeriksaa­n Penumpang 2 Terminal Tambang Murah (LCCT), Balai Ketibaan Antarabang­sa KLIA, kira-kira jam 1 pagi, 13 Julai 2013.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, Thanakorn yang baru tiba dari India ditahan selepas membawa satu beg mencurigak­an mengandung­i barangan peribadi dan pakaian termasuk lapan bungkusan sari.

Pemeriksaa­n kemudian menemui lima bungkusan plastik lutsinar di dalam bungkusan sari itu yang kemudian disahkan kristal putih dadah Methamphet­amin.

Ghazali dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah berpuas hati dengan keseluruha­n hujahan pendakwaan dan mendapati kes pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian sematamata.

“Tertuduh memberitah­u bahawa dia pergi ke India untuk bekerja namun tiada dan mahu pulang semula ke Thailand dalam tempoh singkat.

“Watak seorang wanita yang mengarahka­n tertuduh membawa beg itu adalah rekaan semata-mata kerana tertuduh gagal mengemukak­an identiti sebenar termasuk nombor telefon wanita berkenaan,” katanya.

 ??  ?? THANAKORN dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
THANAKORN dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia