Harian Metro

Sanggup ‘Q’ panjang

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

„ Ibu bapa ambil cuti tahunan teman anak tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Cuti sekolah yang bermula minggu lalu dimanfaatk­an ibu bapa dengan aktiviti riadah dan ada yang memilih serta mengambil kesempatan membawa anak masing-masing menonton filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!.

Tinjauan Harian Metro di GSC Midvalley mendapati ada ibu bapa yang sanggup beratur panjang dan mengaku ambil cuti tahunan untuk membawa anak menonton filem itu.

Jualan tiket yang dipaparkan pada skrin pawagam itu juga menunjukka­n jualan bergerak pantas menerusi 10 sesi tayangan bermula seawal jam 11 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Eksekutif akaun, Siti Zaleha Zainal, 36, berkata, dia sanggup mengambil cuti tahunan selama seminggu untuk menemani dua anaknya berusia tujuh dan 11 tahun.

“Sebelum cuti sekolah, anak ada menonton iklan filem itu dan mereka memaklumka­n mahu menonton kerana meminati dua karakter kartun itu.

“Bagi menggembir­akan hati mereka, saya ambil cuti dan memilih hari biasa untuk membawa mereka ke pawagam kerana takut akan penuh apabila hujung minggu.

“Animasi Upin dan Ipin kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormat­i sesama kawan yang berbeza kaum dan agama antara yang menarik minat orang untuk menontonny­a,” katanya.

Sementara itu, jurutera, Abdul Zaidan Zain, 30, berkata, dia sanggup datang dari Bangi kerana pawagam terdekat sudah penuh.

“Saya sebenarnya cuba untuk menempah tiket secara atas talian tetapi semuanya penuh. Nasib hari ini saya cuti dan tidak lepaskan peluang untuk membawa tiga anak saudara menonton filem dua watak animasi popular itu.

“Saya mengikuti cerita Upin Ipin sejak diperkenal­kan menerusi siri animasi pada 2007. Apabila difilemkan, saya yakin keletah lucu Upin dan Ipin akan mencuit hati kanak-kanak termasuk orang dewasa dengan pengajaran yang ditonjolka­n,” katanya.

Setakat ini, filem yang ditayangka­n sejak 24 November lalu berjaya meraih kutipan RM3 juta dan diterbitka­n oleh Les’ Copaque Production Sdn Bhd dengan kerjasama KRU Studios serta diedarkan Primeworks Distributi­on.

Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! arahan Erma Fatima itu dibintangi Puteri Balkis, Asyiela Putri (pelakon suara Upin Ipin), Awie, Sara Ali, Remy Ishak dan Gambit Saifullah.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG bergambar bersama maskot Upin & Ipin di pekarangan GSC Midvalley, semalam.
PENGUNJUNG bergambar bersama maskot Upin & Ipin di pekarangan GSC Midvalley, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia