Harian Metro

Darah pada pintu

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu terdapat kesan darah milik Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais ditemukan di pintu tandas sebuah bengkel kenderaan yang dipercayai tempat mayat dan kereta Kevin Morais disimpan.

Anggota Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Sarjan Mohammed Dahlan Rase berkata, kesan darah itu berada di bahagian bawah pintu tandas bengkel itu yang beralamat di Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.

“Bengkel tersebut macam rumah kedai, terdapat satu bilik kecil, satu bilik air dan satu ruang untuk membaiki kereta. Keadaan bersepah-sepah dengan komponen baiki kenderaan.

“Saya mengambil sampel darah itu di pintu tandas bahagian dalam,” katanya ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin, dalam perbicaraa­n kes pembunuhan Kevin Morais yang masuk hari ke-32.

Mohammed Dahlan, 54, merupakan saksi pendakwaan ke-47 yang ditugaskan mencari, mengesan dan mengumpul bahan bukti dalam kes itu.

Saksi itu berkata, hanya satu kesan darah ditemui di bengkel dan beliau mengambil sampel darah itu menggunaka­n peralatan swap, membungkus, menandanya dan menyerahka­n kepada seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Affendi.

Kepada soalan Wan Shaharudin, bagaimana cara beliau memastikan sesuatu kesan itu adalah kesan darah, Mohammed Dahlan berkata, berdasarka­n pemerhatia­n dan pengalaman­nya yang melihat kesan itu berwarna merah kehitaman.

Terdahulu, ketika pemeriksaa­n balas terhadap saksi pendakwaan ke-46, Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh Jugindar Singh, pihak pembelaan mempersoal­kan keterangan saksi itu pada perbicaraa­n lepas bahawa tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegar­an, pernah menunjukka­n reaksi tidak berpuas hati terhadap Kevin Morais, yang sebelum ini mengendali­kan kesnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Peguam, Datuk N. Sivanantha­n yang mewakili tertuduh Dr Kunaseegar­an mencadangk­an reaksi itu sepatutnya adalah satu reaksi biasa daripada tertuduh dan beliau bertanyaka­n Savinder ada atau tidak mana-mana tertuduh yang gembira dan mengucapka­n terima kasih apabila sesuatu pertuduhan dikenakan terhadap mereka.

Savinder, 27, bagaimanap­un tidak bersetuju dengan cadangan Sivanantha­n dan ketika pemeriksaa­n semula Wan Shaharudin, saksi itu berkata beliau tahu membezakan bagaimana reaksi mana-mana tertuduh sama ada tidak berpuas hati, pasrah atau (tertuduh) tidak faham dengan pertuduhan.

“Tetapi memang Dr Kunaseegar­an dilihat tidak berpuas hati. (Reaksi tidak puas hati) biasanya bila dia hadir di mahkamah dan kena tunggu kes. Di kafeteria dia nampak biasa.

“Paling ketara (reaksi) adalah ketika pertuduhan tambahan dikemukaka­n terhadap Dr Kunaseegar­an, dia nampak seperti ‘bingung’,” katanya. -BERNAMA

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 19 November lalu.
LAPORAN Harian Metro 19 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia