Harian Metro

Graduan perubatan dibebas tuduhan kes rosak patung berhala

-

Ipoh: Mahkamah Sesyen, semalam membebaska­n seorang graduan perubatan yang didakwa merosakkan patung berhala di Kuil Sree Muneswaran Amman Kovil di Jalan Hospital Ipoh, di sini, pada 24 April lalu.

Fathi Munzir Nadzri, 29, turut dilepas dan dibebaskan dengan satu lagi pertuduhan kerana memiliki parang pada tarikh dan tempat yang sama.

Hakim, Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas mengambil kira keterangan daripada pakar psikiatri selain terdapat keraguan munasabah dalam pendakwaan.

Fathi Munzir didakwa dengan dua pertuduhan pada 29 April lalu di mahkamah sama kerana kesalahan merosakkan patung berhala di kuil berkenaan dan memiliki senjata berbahaya, pada jam 5 petang 24 April lalu.

Ikmal Hishan dalam alasan penghakima­nnya bagi tuduhan memiliki parang, berkata terdapat banyak keraguan yang timbul termasuk keterangan saksi utama yang mengatakan melihat tertuduh membawa barang atau besi dan bukannya parang, selain tiada sebarang pengecaman cap jari pada parang yang dirampas dilakukan.

Menurutnya, bagi tuduhan merosakkan patung berhala pula, terbukti dengan jelas tertuduh adalah orang sebenar yang melakukan kesalahan itu, namun berdasarka­n keterangan saksi iaitu Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Datuk Dr Suaran Singh Jasmit Singh mengesahka­n tertuduh tidak waras ketika melakukan kesalahan itu.

Berdasarka­n keterangan pakar psikiatri berkenaan, tertuduh menghidapi ‘Bipolar Affective Disorder with Psychotic Featureslm Manic Phase’

 ??  ?? FATHI (kanan) bersama bapanya, Datuk Nadzri Ismail keluar dari bangunan mahkamah.
FATHI (kanan) bersama bapanya, Datuk Nadzri Ismail keluar dari bangunan mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia