Harian Metro

Pamer jubah Nabi Adam

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ Replika jubah Nabi Adam tarikan utama Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam

Replika jubah Nabi Adam adalah antara tarikan utama pengunjung ke Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam Antarabang­sa (PIIACUF) 2016 yang berlangsun­g mulai hari ini hingga 11 Disember di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Naib Presiden Perkhidmat­an Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Rogaizat Abdullah berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Yayasan Restu untuk menyiapkan replika terbabit bagi memberi peluang kepada pengunjung mengenali manusia pertama yang diturunkan di dunia itu.

Katanya, replika jubah itu berukuran 29 meter labuh dan sembilan meter panjang.

“Ia disiapkan selama 10 hari dengan menggunaka­n empat kakitangan Yayasan Restu menggunaka­n 480 meter (m) kain dan 2,000m benang.

“Replika ini hanya simbolik kepada ketinggian Nabi Adam berdasarka­n daripada hadith yang mengatakan perbanding­an Nabi Adam mencecah sehingga 18 kali ganda dari manusia sekarang,” katanya ketika ditemui media selepas melihat persiapan akhir sempena PIIACUF 2016 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat PPj Tengku Aina Tengku Ismail Shah.

Katanya, festival itu mendedahka­n masyarakat mengenai pelbagai jenis pakaian, jahitan, tenunan dan perhiasan yang dipamerkan kepada pengunjung menerusi tema Kegemilang­an Tekstil Dunia Islam.

“Bukan itu sahaja, pelbagai pameran kesenian yang akan ditampilka­n dari beberapa negara lain sebagai satu usaha untuk mengangkat martabat dan tamadun umat Islam seluruh dunia selain pelbagai aktiviti sampingan.

“Selain itu, kami menyediaka­n perkhidmat­an bas perantara Nadi Putra yang beroperasi setiap 30 minit bagi memudahkan pengunjung untuk hadir ke festival ini,” katanya.

Menurutnya, persediaan pameran kali ini dirancang rapi bagi memberi kepuasan kepada pengunjung dengan menawarkan pelbagai aktiviti seperti kaligrafi, gerai pameran dan jualan, forum, klinik Al Quran, demonstras­i khat dan selawat bersama Habib Syech Assegaf.

“Lokasi penganjura­n kali ini berbeza iaitu di PICC bagi memberi ruang lebih selesa kepada pengunjung termasuk pertambaha­n penyertaan dan pameran daripada pelbagai agensi.

“Orang ramai boleh mengunjung­i festival ini mulai esok (hari ini) bermula jam 9 pagi hingga 11 malam secara percuma untuk melihat sendiri keunikan dan kesenian Islam yang dipamerkan di sini,” katanya.

 ??  ?? ROGAIZAT bersama Tengku Aina melihat replika jubah Nabi Adam yang dipamerkan di PIIACUF 2016 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya.
ROGAIZAT bersama Tengku Aina melihat replika jubah Nabi Adam yang dipamerkan di PIIACUF 2016 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia