Harian Metro

486 peneroka hampa

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

„ Mahkamah Tinggi tolak saman terhadap FELDA

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak permohonan saman yang dikemukaka­n oleh 486 peneroka terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd berhubung urusan jual beli kelapa sawit.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Abdul Karim Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak plaintif gagal membuktika­n wujud penipuan dalam urusan jual beli kelapa sawit seperti yang didakwa.

Beliau juga memutuskan tidak wujud konspirasi yang didakwa dilakukan oleh defendan kepada plaintif.

Oleh itu mahkamah memerintah­kan 486 peneroka daripada 16 tanah rancangan FELDA Jengka, Pahang, itu membayar kos RM200,000 kepada kedua-dua defendan.

Semua peneroka itu diwakili peguam R Sivarasa manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Ahmad Al-Hady Abdul Razak.

Pada 26 Jun 2011, 771 peneroka (plaintif) memfailkan saman dengan menamakan FELDA dan anak syarikatny­a, FELDA Palm sebagai defendan.

Semua peneroka itu mendakwa mengalami kerugian dan kerosakan selepas ditipu ketika urusan jual beli kelapa sawit.

Bagaimanap­un kini 225 peneroka menarik diri dan ada di antara mereka sudah meninggal dunia.

Mereka mendakwa sekitar tahun 1995, buah sawit dijual kepada Perbadanan Kilang Sawit FELDA dan untuk memastikan kualiti serta hasil jualan buah atau sawit itu, jawatankua­sa terdiri daripada wakil peneroka dilantik.

Menurut mereka, Jawatankua­sa Pengeluar Buah Kelapa Sawit itu diberi peluang untuk mengawal selia timbangan, kadar perahan gred dan apa saja yang berkaitan dengan hak peneroka dalam jualan buah sawit.

Pada 14 September 1995, defendan kedua (FELDA Palm) diperbadan­kan dan mengambil alih peranan Perbadanan Kilang Sawit FELDA.

Plaintif mendakwa peluang mereka dinafikan untuk mengawal selia, memantau dan memastikan urusan perjalanan jual beli buah sawit itu dijalankan secara jujur dan telus.

Mereka mendakwa apabila buah sawit dihantar ke kilang ia akan ditimbang dan digredkan. Ia akan dibayar mengikut Kadar Perahan Gred (KPG) yang tertera di atas dokumen Akuan Penerimaan Buah Tanda Segar (BTS) pada setiap timbangan setiap kali penghantar­an.

Plaintif mendakwa pada tahun itu purata BTS dijual pada RM560.68 setiap tan dan peneroka mengalami kerugian RM257.60 setiap tan.

Mereka mendakwa mutu perahan sawit yang dicadangka­n Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Board atau MPOB) adalah lebih tinggi daripada KPG yang digredkan terhadap buah sawit oleh defendan.

Mereka juga mendakwa akuan penerimaan BTS yang dikeluarka­n defendan kedua tidak mengikut contoh borang gred yang disediakan oleh MPOB.

 ?? FOTO: ?? TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen sejurus proses pertuduhan selesai.
FOTO: TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen sejurus proses pertuduhan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia