Harian Metro

Hardin, Murat dapat pingat

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

„ Jasa anjing Unit K9 PDRM serta pelatih dihargai selepas berjaya jejak Geng Kapak

Selepas lapan tahun berkhidmat dengan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia, khidmat seekor anjing baka German Shepherd dikenali sebagai Murat dihargai berikutan jasanya dalam membantu polis menjejaki Geng Kapak di Kluang, 16 November lalu.

Murat bersama pelatihnya Lans Koperal Hardin Ng Kang menerima pingat serta sijil penghargaa­n daripada Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Murat yang juga anjing dari K9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama Hardin dikalungka­n pingat Jasamu Dikenang, sijil penghargaa­n berserta sebuah beg sebagai simbolik penghargaa­n dalam membantu menangkap ahli geng berkenaan.

Pada majlis bulanan itu, Murat dan Hardin mendahului senarai penerima Surat Penghargaa­n Ketua Polis Johor kepada Jabatan Siasatan Jenayah Cawangan K9.

Ketika ditemui, Hardin berkata, dia tidak menyangka usaha anjing berkenaan membantu mengesan penjenayah dari Geng Kapak di Kluang membolehka­n haiwan itu mendapat pengiktira­fan pengurusan tertinggi IPK Johor.

Katanya, ia bukan kali pertama anjing berkenaan membantu mengesan penjenayah, tetapi sudah mengesan beberapa suspek lain sebelum ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, Murat mengesan penjenayah yang melarikan diri dalam kawasan hutan hingga tertangkap­nya dua penjenayah paling dikehendak­i.

Hardin berkata, Murat sebenarnya seekor anjing yang manja dan mendengar kata selain dia sudah melatihnya ketika berkursus di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia