Harian Metro

Jana lebihan RM1.2b

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

>>Sistem berkenaan berfungsi meningkatk­an kadar perahan minyak (OER) antara 0.4 peratus hingga 0.6 peratus

„ Sistem AquaEco-SRORS mampu tapis sisa sawit hingga 80 peratus

Pengusaha kilang kelapa sawit berpeluang meraih pendapatan tambahan lebih tinggi sehingga RM1.2 bilion setahun menerusi pemasangan sistem AquaEco-SRORS yang diperkenal­kan Aqua Ecotech Sdn Bhd (AquaEco).

Sistem berkenaan berfungsi menapis sehingga 80 peratus sisa sawit mentah yang mana akan meningkatk­an kadar perahan minyak (OER) antara 0.4 peratus hingga 0.6 peratus.

Pengarah AquaEco, Andrew Liew berkata, amalan biasa dalam proses mengekstra­k sawit membabitka­n pembuangan 65 peratus sisa sawit mentah ke dalam kumbahan yang akan mengundang risiko pencemaran air.

“Melalui teknologi yang dibangunka­n ini, sisa sawit mentah ini akan diasingkan mengikut peratusan air, pepejal dan minyak.

“Sistem ini menggunaka­n teknologi membran yang berupaya menapis pepejal dan minyak yang seterusnya diproses kembali menjadi minyak sawit mentah,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Menurutnya, melalui sistem berkenaan, OER yang dihasilkan mampu ditingkatk­an kepada 21.15 peratus, berbanding hasil OER semasa iaitu 20.65 peratus.

“Dengan pelaburan yang dilakukan, pengusaha kilang sawit mampu mendapatka­n pulangan pelaburan (ROI) dalam tempoh tiga tahun.

“Kos yang diperlukan adalah sekitar RM5 juta hingga RM12 juta bergantung kepada keperluan kilang,” katanya.

Menurutnya, dua kilang sawit di Sabah dan Perak sudah menggunaka­n sistem berkenaan dan pihaknya kini giat menjalanka­n perbincang­an dengan empat pengendali kilang sawit. “Sistem ini sudah dipatenkan dan ia terbukti mampu memberikan pulangan yang tinggi kerana kami mengambil masa lima tahun untuk kajian dan pembanguna­n

(R&D),” katanya.

 ?? FOTO: SADDAM YUSOF ?? ANDREW (kanan) di Majlis Pelancaran Penyelesai­an Teknologi Hijau Pertama di Dunia untuk merevolusi­kan industri minyak sawit.
FOTO: SADDAM YUSOF ANDREW (kanan) di Majlis Pelancaran Penyelesai­an Teknologi Hijau Pertama di Dunia untuk merevolusi­kan industri minyak sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia