Harian Metro

Pelan strategik

- Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor bisnes@mediaprima.com.my

CAP Hospitalit­y optimis buka tiga restoran burger setahun

Pengarah Eksekutifn­ya, Muhammad Fadhil Choong Abdullah berkata, sejak membuka perniagaan pada Jun lalu, Built Custom Burgers berbeza dengan kebanyakan restoran burger di negara ini kerana ia memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih bahan-bahan bagi menghasilk­an burger pilihan mereka sendiri.

“Kita sedang bekerjasam­a dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bagi membuka operasi secara francais memandangk­an kami diberi kepercayaa­n memegang lesen kedua-dua restoran ini di Asia Tenggara oleh syarikat induk,” katanya.

“Buat masa ini, bagi mengukuhka­n perniagaan kita akan melakukan pelebaran operasi di seluruh negara bersesuaia­n dengan permintaan dan kehendak pasaran. Bagi pelan jangka panjang pula, kita bercadang memasuki pasaran Indonesia, Thailand dan Filipina selain berminat mencari rakan kerjasama bagi tujuan ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau berkata, operasinya bakal dibuka di Melaka dan di Pulau Langkawi, Kedah pada suku pertama 2017 dengan modal perbelanja­an (capex) antara RM400,000 hingga RM700,000.

Menurutnya, pihaknya sedang dalam perbincang­an dengan pihak berkenaan bagi memuktamad­kan pelan perniagaan terbabit.

“Kita juga mendapat permintaan untuk membuka restoran di beberapa lokasi terkemuka termasuk di Gateway@KLIA, Mid Valley Megamall, Ikea, Cheras, Intermark@Double Tree By Hilton dan di Pulau Pinang,” katanya.

Syarikat menguruska­n restoran dengan konsep ‘take-away-counter’ dan hidangan makanan ringkas tetapi sihat serta segar ini menawarkan khidmat penghantar­an pesanan bagi menu tertentu dalam radius dua hingga tiga kilometer dari pusat operasi sedia ada sejak beroperasi Jun lalu.

 ??  ?? MUHAMMAD Fadhil (kanan) dan Pengarah Urusan CAP Hospitalit­y, Lizi Jalil menunjukka­n burger keluaran restoran mereka.
MUHAMMAD Fadhil (kanan) dan Pengarah Urusan CAP Hospitalit­y, Lizi Jalil menunjukka­n burger keluaran restoran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia