Harian Metro

Jaminan harga terendah guna aplikasi iOS, Android

-

Lumpur: NIDA Rooms, pengendali hotel maya terbesar di Asia (VHO), mengumumka­n jaminan harga terendah bagi tempahan yang dibuat melalui laman web menggunaka­n aplikasi mudah alih iOS dan Android.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kaneswaran Avili berkata, NIDA Rooms sudah bekerjasam­a dengan lebih 4,000 hotel berjenama secara individu dari Aceh ke Manado di Indonesia, dari Chiang Mai ke Hadyai, Thailand, dari Langkawi ke Kota Kinabalu dan sehingga ke Filipina.

“Kebanyakan hotel kita tidak disenaraik­an di mana-mana laman lain dalam talian yang memberikan pelanggan kami pilihan lokasi terbaik di semua bandar. Kami berusaha untuk menyediaka­n pelanggan kami tawaran terbaik mungkin dari segi lokasi, kualiti dan kini harga terendah.

“Jaminan Harga Terendah kami akan memberikan pelanggan ketenangan fikiran mengetahui bahawa mereka akan mendapat yang terbaik bagi bilik berkualiti pada harga terendah,” katanya dalam kenyataan. Menurutnya, semua orang masih boleh terus menikmati penginapan berkualiti pada setiap masa dengan NIDA Rooms.

Untuk melayakkan diri bagi mendapatka­n Jaminan Harga Terendah, pelanggan perlu mengisi borang permohonan di laman web NIDA Rooms dalam tempoh 24 jam dari tarikh

tempahan.

CAP Hospitalit­y Sdn Bhd (CAP Hospitalit­y), pemegang lesen perniagaan bagi restoran Built Burger dan The Counter Burger optimis melebarkan sayap di bawah perniagaan francais dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketika ini, satu restoran The Counter dan Built Burger beroperasi masing-masing di pusat beli-belah Pavillion dan di Nu Sentral Mall dan mempunyai sasaran untuk membuka dua atau tiga restoran baru setahun bagi mengukuhka­n kedudukan dalam pasaran gourmet burger di negara ini.

 ??  ?? KANESWARAN
KANESWARAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia