Harian Metro

UMW Holdings catat kerugian sebelum cukai RM121.62 juta

-

UMW Holdings Bhd mencatatka­n kerugian sebelum cukai sebanyak RM121.62 juta dalam suku ketiga berakhir 30 September 2016, berbanding keuntungan sebelum cukai RM72.24 juta dalam suku yang sama tahun lalu.

Hasil turun kepada RM2.86 bilion daripada RM3.53 bilion sebelumnya disebabkan oleh persekitar­an ekonomi mencabar dalam industri minyak dan gas ditambah dengan penurunan nilai ringgit yang memberi kesan kepada keputusan kumpulan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Badrul Feisel Abdul Rahim berkata, prestasi kumpulan terjejas disebabkan oleh kegawatan dalam industri minyak dan gas ketika ini, penurunan permintaan tempatan terhadap kenderaan motor dan kelemahan nilai ringgit.

“Segmen minyak dan gas (tidak tersenarai) mencatatka­n hasil rendah sebanyak RM58.4 juta dalam suku semasa daripada

RM70 juta dalam suku yang sama pada 2015 disebabkan kesan daripada harga minyak rendah yang berterusan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, hasil segmen kenderaan motor merosot kepada RM2.26 bilion daripada RM2.60 bilion disebabkan sentimen lemah pasaran. Affin Holdings Bhd terus mencatat pertumbuha­n bagi tahun kewangan 2016 apabila keuntungan sebelum cukainya selepas zakat bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016, menokok 24.4 peratus kepada RM185.5 juta berbanding RM149.1 juta, tahun lalu.

“Hasilnya turut meningkat kepada

RM504.39 juta berbanding RM459.78 juta sebelum ini,” kata kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Keuntungan sebelum cukai Affin bagi tempoh sembilan bulan berkenaan juga meningkat 38.8 peratus kepada RM520.8 juta daripada RM375.2 juta, tahun lalu.

Susulan prestasi Affin dan dasar dividennya, kumpulan itu mencadangk­an pengagihan dividen sementara satu peringkat sebanyak tiga sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2016.

Mengulas Affin Bank Bhd (ABB), kumpulan itu berkata, bank berkenaan mencatat keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM432.6 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2016 iaitu peningkata­n ketara sebanyak 34.6 peratus berbanding RM321.3 juta diraih pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia