Harian Metro

Perluas sayap perniagaan

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Portal tawaran diskaun Saleduck Malaysia rancang tembusi enam pasaran asing

Saleduck Asia Sdn Bhd (Saleduck Malaysia), portal tawaran diskaun dalam talian yang bertapak di Amsterdam merancang memperluas­kan sayap perniagaan dengan menembusi enam pasaran asing menjelang tahun depan menjadikan jumlah keseluruha­n pasaran ditembusi sebanyak 20 buah negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Domingo Karsten berkata, dengan menawarkan konsep membeli-belah mengikut keselesaan pengguna, pihaknya berhasrat untuk pergi lebih jauh dan menjangka memasuki pasaran Vietnam pada suku pertama tahun depan diikuti lima negara lain termasuk Hong Kong pada bulan-bulan seterusnya.

“Lebih dikenali sebagai laman web yang menawarkan pakej diskaun terhebat di Eropah, Saleduck mengetenga­hkan platform eksklusif kod kupon, diskaun dan baucar dalam talian untuk pelbagai kumpulan pengguna, dengan hanya satu klik sahaja.

“Walaupun kepuasan pengguna adalah keutamaan utama kami, dalam masa sama Saleduck juga sentiasa meletakkan kepentinga­n untuk membantu peniaga berhubung dengan pelanggan berpotensi,” katanya pada sesi taklimat media, di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini, Saleduck telah bekerjasam­a dengan sebilangan besar syarikat e-dagang global seperti Lazada, Groupon, Zalora, Sephora dan AirAsiaGo.

Sementara itu, Pengurus Besar Saleduck Asia, Rosanne Hortensius berkata, memasuki tahun baru, Saleduck menyasar untuk memperliha­tkan pembabitan jumlah peniaga sehingga dua kali ganda lebih tinggi berbanding sedia ada iaitu sehingga 400 laman web e-dagang.

“Dengan kaedah pemasaran dan strategi perniagaan yang dilaksanak­an pasukan, kami berharap untuk mencapai pertumbuha­n 100 peratus lebih tinggi berbanding tahun ini untuk keseluruha­n aspek perniagaan meliputi penjualan.

“Bahkan dengan penambahba­ikan dan pengenalan kandungan baru di web yang kami tampilkan, Saleduck optimis untuk melihat jumlah pengunjung meningkat sebanyak 20 peratus daripada rekod tahun ini,” katanya.

 ??  ?? ROSANNE dan Domingo menunjukka­n portal tawaran diskaun dalam talian Saleduck Malaysia.
ROSANNE dan Domingo menunjukka­n portal tawaran diskaun dalam talian Saleduck Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia