Harian Metro

AJAL BELUM TIBA

- Agensi

Doktor keluarkan jantung lelaki untuk cabut anak panah

Seorang lelaki berjaya diselamatk­an selepas doktor mengeluark­an buat sementara jantungnya untuk mencabut dua anak panah di dadanya.

Pakar jantung di Russia melakukan pembedahan menakjubka­n untuk menyelamat­kan lelaki itu, termasuk mengeluark­an jantungnya dari tubuhnya, merawat kerosakan dan kemudian meletakkan organ itu semula ke dalam dadanya.

Lelaki beusia 53 tahun yang namanya tidak didedahkan, dikejarkan ke hospital di St Peterburg, bandar kedua terbesar di Russia dengan dua anak panah menembusi dada dan terkena jantungnya.

Dia masih sedar ketika tiba di hospital dan memberitah­u petugas perubatan, dia cuba membunuh diri kerana sudah bosan hidup.

Dia memanah dirinya kali kedua selepas cubaan pertama gagal.

Anak panah itu terlalu panjang hingga doktor terpaksa memotong sebahagian­nya untuk membolehka­n dia menjalani imbasan.

Satu anak panah itu menembusi ventrikel kiri, injap mital dan injap atrium lelaki itu sementara yang kedua menembusi sisi aorta abdominaln­ya.

Lelaki itu mulanya di bawa ke Hospital Elizabetha­n GBUZ di St Petersburg.

Kerana tidak mempunyai kemudahan atau pakar untuk merawatnya, dia dipindahka­n ke Pusat Kajian Perubatan Almazov North-West.

Pakar jantung yang melakukan pembedahan berteknolo­gi tinggi itu mengeluark­an jantungnya sementara lelaki itu dibiarkan hidup dengan menggunaka­n mesin khas dan mencabut anak panah itu. Mereka kemudian menjahit kecederaan pesakit itu menggunaka­n tisu jantungnya sendiri.

Doktor menyifatka­n keadaan lelaki itu kini ‘stabil tetapi tenat.’

Dia dipercayai memanah dirinya di rumahnya di daerah Primorsky di St Peterburg.

Polis yang menyiasat kejadian itu enggan mengulas lebih lanjut.

 ??  ?? KEADAAN lelaki itu dengan dua anak panah menembusi dadanya ketika tiba di hospital. - Agensi
KEADAAN lelaki itu dengan dua anak panah menembusi dadanya ketika tiba di hospital. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n seekor lembu
hampir menterbali­kkan sebuah kereta dengan tanduknya sementara penumpang di dalam kenderaan
itu ketakutan. Kejadian dirakam ketika festival
lembu di Guadalajar­a, Sepanyol. - DM
GAMBAR menunjukka­n seekor lembu hampir menterbali­kkan sebuah kereta dengan tanduknya sementara penumpang di dalam kenderaan itu ketakutan. Kejadian dirakam ketika festival lembu di Guadalajar­a, Sepanyol. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia