Harian Metro

Bakal dibicara

- Agensi

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina agama, kata Pejabat Peguam Negara Indonesia semalam.

Timbalan Peguam Negara untuk jenayah, Noor Rachmad berkata, pihaknya meneliti kertas siasatan oleh polis dan memutuskan ada kes yang perlu Basuki atau dikenali sebagai Ahok jawab di mahkamah.

“Siasatan polis mendapati ahli politik itu melanggar perkara 156 dan 156 (a) kanun jenayah yang meliputi kesalahan menghina agama,” katanya seperti dipetik akhbar The Straits Times.

Noor Rachmad tidak memberitah­u bila Ahok didakwa di mahkamah tetapi memberitah­u pihaknya akan menyediaka­n dan melengkapk­an kertas pertuduhan kes itu secepat mungkin.

Sekiranya didapati bersalah, Ahok berdepan hukuman penjara hingga lima tahun.

Difahamkan, Pejabat Peguam Negara perlu memfailkan pertuduhan terhadap Ahok di mahkamah daerah sebelum ketua hakim melantik panel tiga hakim untuk mendengar kes itu.

Proses itu mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum kes berkenaan didengar di mahkamah.

Ahok yang kini berkempen untuk mempertaha­nkan jawatannya dalam pilihan raya daerah pada Februari depan berikrar untuk tidak

Peguam Negara umum nasib Ahok perlu diputuskan mahkamah

menarik diri.

Dia mencetuska­n kontrovers­i selepas memberitah­u pengundi supaya tidak tertipu dengan lawannya yang memetik ayat al-Quran supaya tidak mengundiny­a kerana bukan beragama Islam.

Ahok adalah gabenor Jakarta kedua beragama Kristian dan yang pertama dari etnik Cina di negara itu.

Ucapan itu mencetuska­n bantahan daripada kumpulan Islam yang merancang mengadakan satu lagi perhimpuna­n besar-besaran esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia