Harian Metro

Michelle Obama tidak akan bertanding jawatan presiden

-

Washington: Bagi mereka yang berminat untuk menyaksika­n Michelle Obama mewakili parti Demokrat dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 boleh melupakan hasrat itu.

Begitu kata suaminya, Presiden Barack Obama.

“Michele tidak akan bertanding untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat,” kata Obama dalam wawancara dengan majalah Rolling Stone sehari selepas Donald Trump memenangi pilihan raya 2016 tiga minggu lalu.

Beberapa media sosial sebelum ini heboh dengan desakan supaya wanita pertama itu menimbang untuk bertanding.

“Saya tahu dia memang berbakat. Anda boleh melihat hubunganny­a dengan rakyat. Tetapi dia tidak minat politik,” kata Obama.

Michelle yang berusia 53 tahun apabila dia meninggalk­an Rumah Putih 20 Januari depan ialah wanita pertama Amerika Syarikat yang pertama berkulit hitam dalam sejarah negara itu.

Kajian baru-baru ini mendapati, populariti Michelle dalam kalangan rakyat Amerika mencecah 79 peratus.

Ia menjadikan­nya lebih popular berbanding suaminya, presiden keturunan Afrika pertama menjadi presiden.

Michelle sebelum ini berkata, dia tidak akan mengikut jejak Hillary Clinton yang bertanding merebut jawatan yang pernah dipegang suaminya, Bill Clinton dari 1993 hingga 2001. - AFP

Seorang lelaki yang mendakwa dia pencinta haiwan dan memelihara kucing liar di rumahnya ditangkap kerana menyembeli­h haiwan itu dan menjual bangkainya kepada restoran.

Gambar yang tersebar menunjukka­n puluhan bangkai kucing beku dan baru disembelih di gudang kecil lelaki itu di Chengdu,

 ??  ?? MICHELLE dan suami, Barack Obama. - DM
MICHELLE dan suami, Barack Obama. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia