Harian Metro

Pemandu teksi jadi jutawan 3 hari

-

Seorang pemandu teksi menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas bank tersilap mengkredit­kan wang lebih 98 bilion rupee (RM640 juta) ke dalam akaun miliknya.

Balwinder Singh berkata, kejadian itu berlaku 4 November lalu apabila bank menghantar satu mesej ke telefon bimbitnya memberitah­u wang berjumlah 98,059,512,231 rupee dikreditka­n ke akaunnya.

“Saya sangat terkejut dan pada masa yang sama sangat gembira.

“Saya membuka akaun di bank Pradhan Mantri Jan Dhan Yojana dan baki wang saya biasanya hanya berjumlah 3,000 rupee (RM195) sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia pergi ke bank berkenaan beberapa kali kerana mahu mendapatka­n kepastian tetapi malangnya tiada pegawai yang mahu melayannya.

“Saya beberapa kali pergi ke cawangan bank berkenaan tetapi tiada siapa yang percaya dengan cerita atau mahu melayan saya.

“Akhirnya, pada 7 November lalu, seorang pegawai bank meminta buku akaun saya dan memberi buku yang baru tanpa digit yang besar berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, pengurus bank, Sandeep Garg memberitah­u media, kejadian itu satu kesilapan yang dilakukan oleh pegawai bank.

“Pegawai bank sepatutnya mengkredit­kan wang berjumlah 200 rupee

(RM13) ke akaun Balwinder.

“Tetapi, dia memasukkan 11 digit nombor akaun lejar am bank.

“Kesalahan itu disedari tidak lama selepas itu dan dibetulkan dengan masukkan semula entri akaun berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pihak bank sudah menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia