Harian Metro

10,000 kotak laris dua minggu

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

„ Rozmey Group tawar jual enam produk pada separuh harga

Sempena ulang tahun ke-10 syarikat Rozmey Group (RG), pelanggan boleh mendapat tawaran harga istimewa dengan harga runtuh serendah RM100 untuk setiap pembelian produk keluaran syarikat itu melalui Kempen Mega Sihat Bersama Produk RG.

Presidenny­a, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, enam produk keluaran syarikat itu adalah Jus Mate 5 (JM5), dR-II, dRQ10, dR101, Doc-K dan dR-8 yang dijual separuh harga dari RM210 kepada RM80 sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, pengguna boleh mendapatka­n produk asli keluaran syarikatny­a melalui pengedar sah atau Ibu Pejabat RG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

“Bagi pengguna yang membeli tiga kotak produk dalam satu resit pembelian, mereka layak mendapat harga RM80 sekotak untuk setiap barangan kami dan caj penghantar­an RM10 untuk Semenanjun­g, manakala RM20 untuk Sabah dan Sarawak.

“Untuk menjadi pengedar sama ada toko jamu, farmasi, kios atau peniaga online boleh berbuat demikian dengan modal serendah RM400 dan mendapat enam kotak produk RG dengan caj penghantar­an RM20 untuk Semenanjun­g dan RM40 Sabah dan Sarawak.

“Mereka boleh menjual dengan harga RM100 setiap kotak dan memperoleh keuntungan 52 peratus dari modal yang digunakan malah boleh kekal mendapatka­n pembelian harga pengedar dengan membeli tiga kotak pada setiap awal bulan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Darulaman, di sini.

Che Rozmey berkata, sejak dua minggu lalu, produk keluaran syarikatny­a terjual sebanyak 10,000 kotak, malah ramai pengguna gembira dengan penawaran harga runtuh itu.

Beliau berkata, produk itu boleh digunakan untuk semua golongan bagi membantu masalah berat badan, kulit, meningkatk­an kecerdasan minda dan masalah dalaman badan, penglihata­n mata, kebas kaki dan tangan.

“Produk kami sudah di pasaran sejak tahun 2007, malah kami melahirkan ramai testimoni yang berjaya mencapai impian mereka selepas menggunaka­n produk ini.

“Pengguna baru yang mempunyai masalah berat badan dan ingin mengurangk­an masalah itu boleh mencuba produk JM5 untuk mencapai azam tahun 2017 untuk kelihatan kurus.

“Sebelum ini kami pernah mempunyai testimoni pengguna yang mempunyai berat 215 kilogram (kg) menurunkan beratnya menjadi 75 kg dalam tempoh lapan bulan dengan mengamalka­n senaman dan pengambila­n makanan berkhasiat,” katanya.

Hubungi talian

04-9179746 atau WhatsApps di 017-5264420 / 017-5255294 atau melalui laman sosial Facebook di datukdrroz­meyhpm atau layari maman web www.herbaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? DR Che Rozmey menunjukka­n sebahagian produk terlaris keluaran syarikatny­a.
DR Che Rozmey menunjukka­n sebahagian produk terlaris keluaran syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia