Harian Metro

‘KAMI MEMANG BERHAK KE SANA’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ Najib seru rakan sepasukan ambil peluang menyinar di Lucknow

Misi buktikan Malaysia sememangny­a berhak ke Piala Dunia Remaja. Demikian pandangan pemain pertahanan negara Muhammad Najib Abu Hassan selepas Malaysia menerima tawaran untuk beraksi pada saingan berprestij yang berlangsun­g di Lucknow, India dari 8 hingga 18 Disember ini.

Najib yang menjadi kapten ketika skuad negara yang diberi nama Projek 2016 gagal pada kempen kelayakan Piala Remaja Asia hujung tahun lalu berkata, peluang itu tidak boleh disia-siakan begitu saja.

“Bagi saya kami kena ambil peluang ini sebaik mungkin. Bermakna kami pergi ke sana bukan sekadar pasukan pelengkap jadual.

“Saya sudah beritahu rakan sepasukan inilah masanya untuk buktikan bahawa Malaysia sememangny­a berhak beraksi di Piala Dunia,” katanya.

Jelas Najib, persiapan skuad negara sememangny­a tidak mencukupi namun dia berpendapa­t pengalaman beraksi di beberapa kejohanan utama sebelum ini diharap sedikit sebanyak dapat membantuny­a serta rakan sepasukan di Lucknow.

“Yang penting sekarang ialah kami perlu mendapatka­n keserasian yang cepat,” katanya.

Pada saingan Piala Remaja Asia di Kuantan tahun lalu, skuad negara yang ketika itu di bawah bimbingan Arul Selvaraj diramal tidak berdepan masalah untuk meraih tiket beraksi pada Piala Dunia Remaja.

Namun, sebaliknya berlaku apabila skuad negara sekadar menamatkan saingan di tempat kelima sekali gus gagal layak secara merit kerana hanya empat pasukan teratas saja terpilih untuk beraksi di Lucknow.

Bagaimanap­un kelmarin, Persekutua­n Hoki Dunia (FIH) menawarkan tempat untuk skuad negara selepas badan induk itu menarik semula penyertaan Pakistan yang layak secara merit kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan.

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) kemudian menerusi reaksi segera menerima tawaran FIH.

 ??  ?? SKUAD remaja negara giat menjalani latihan menjelang saingan Piala Dunia Remaja di Lucknow, India.
SKUAD remaja negara giat menjalani latihan menjelang saingan Piala Dunia Remaja di Lucknow, India.
 ?? Najib Abu Hassan ?? Bagi saya kami kena ambil peluang ini sebaik mungkin.
Saya sudah beritahu rakan sepasukan inilah masanya untuk buktikan bahawa Malaysia sememangny­a berhak beraksi di Piala Dunia”
Najib Abu Hassan Bagi saya kami kena ambil peluang ini sebaik mungkin. Saya sudah beritahu rakan sepasukan inilah masanya untuk buktikan bahawa Malaysia sememangny­a berhak beraksi di Piala Dunia”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia