Harian Metro

Sasar separuh akhir

-

Kuala Lumpur: Prestasi terumbang-ambing sejak kebelakang­an ini bukan halangan buat beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir pada Siri Super Akhir di Dubai dari 14 hingga 18 Disember ini.

Menurut Wee Kiong, ini kali pertama dia beraksi bersama V Shem pada Siri Super Akhir dan sebelum ini pernah layak pada kejohanan sama tiga tahun lalu ketika berganding­an dengan Hoon Thien How namun terkandas di peringkat kumpulan.

“Kami menetapkan sasaran kali ini untuk sekurang-kurangnya berjaya melepasi peringkat kumpulan dan layak ke separuh akhir,” katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

V Shem-Wee Kiong, kini beregu nombor satu dunia, mengesahka­n slot ke kejohanan itu selepas menduduki tempat kedua senarai pasangan terbaik Siri Super 2016.

Tujuh lagi beregu layak adalah Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (Jepun), Chai Biao-Hong Wei, Fu Haifeng-Zhang Nan (China), Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi (Indonesia), Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding dan Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark).

“Memang kami yakin dari awal mampu layak ke kejohanan ini dan sekarang paling penting ialah persediaan walaupun keputusan di beberapa kejohanan kurang memuaskan. Kami kena tingkatkan lagi usaha dan persiapan.

“Memang beregu lelaki kami tahu semuanya mempunyai kekuatan seimbang dan peluang untuk beraksi cemerlang. Bagaimanap­un, bagi kami paling penting ialah fokus. Kami akan melakukan persediaan yang sama ketika menyertai kejohanan sebelum ini,” kata Wee Kiong.

Kali terakhir beregu negara menjuarai kejohanan ini ialah menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi sulung 2008 di Kota Kinabalu. dari Indonesia 21-12, 21-10.

“Saya gembira menang hari ini selepas baru pulih daripada kecederaan ketika beraksi pada Kejohanan Remaja Dunia bulan lalu di Bilbao, Sepanyol,” katanya.

Dua beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga tidak berdepan masalah untuk memenangi aksi pusingan pertama semalam.

 ??  ?? WEE Kiong (kiri) dan V Shem pertama kali berganding­an di Siri Super.
WEE Kiong (kiri) dan V Shem pertama kali berganding­an di Siri Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia