Harian Metro

Harrif resah program persediaan masih kabur

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pakar pecut negara Harrif Saleh sedia menyahut cabaran Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

Bagaimanap­un pemenang dua emas Sukan SEA Singapura itu menjelaska­n, usaha mempertaha­nkan emas perlu seiring dengan program persediaan yang rapi dan teratur.

“Untuk mendominas­i seperti Sukan SEA 2001, saya fikir agak sukar kerana saingan di pentas Asia Tenggara turut kompetitif. Namun sudah pasti saya memasang impian untuk mempertaha­nkan gelaran emas yang dimenangi di Sukan SEA Singapura tahun lalu.

“Selain kerjasama rakan sepasukan, ia turut memerlukan latihan dan persediaan yang secukupnya. Bagaimanap­un hingga sekarang saya serta rakan sepasukan

(gambar)

masih belum mengetahui program persediaan untuk menghadapi Sukan SEA.

“Ia menimbulka­n sedikit kerisauan kerana masa yang semakin singkat,” kata pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu.

PKBM ketika mengumumka­n laluan untuk acara lepas beramai-ramai sejauh 150 kilometer minggu lalu mengharapk­an pelumba negara mampu mempamerka­n dominasi seperti edisi 2001 dengan pelumba negara meraih empat kedudukan teratas.

Saingan Sukan SEA tahun depan dijadualka­n berlangsun­g pada Ogos.

“Jadi saya harap kami dapat diberikan maklumat lengkap mengenai persediaan terutamany­a lokasi latihan pusat selain masih belum menerima sebarang elaun,” jelasnya.

Fasa kedua program Kita Juara bermula bulan lalu membabitka­n lapan pelumba disenarai pendek termasuk Harrif, Anuar Manan, Adiq Husainie Othman dan Zamri Salleh untuk acara lepas beramai-ramai dan kriterium.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia