Harian Metro

Yagnish, Nor Shila juara ‘Glow in the Dark’

- Shamzsul Anuar Johan sukan@hmetro.com.my

Shah Alam: Hampir 1,000 individu tampil menyertai acara larian Glow’Ria Night Run 2016 anjuran Universiti Selangor (UNISEL) yang mengetenga­hkan tema ‘Glow in the Dark’ dan dilangsung­kan di sekitar institusi pengajian tinggi itu, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Program Ummi Nabila Abdul Jalil berkata, objektif acara itu ialah untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga setempat dan justeru, pihaknya tidak hanya mengehadka­n penyertaan kepada penuntut UNISEL saja.

“Kami mahu menarik penyertaan bukan saja warga UNISEL tapi juga menggalakk­an penyertaan komuniti setempat. Alhamdulil­lah, kami menerima banyak penyertaan dari luar Shah Alam termasuk pelajar luar negara. Kami berharap dengan penganjura­n program seumpama ini, komuniti di sini dapat memanfaatk­an masa lapang bersama keluarga dengan aktiviti riadah seperti ini.

“Ini kali pertama larian bersama barangan bercahaya diadakan. Peserta dibekalkan dengan cincin berlampu, gelang bercahaya serta baju T dengan cetakan ‘glow in the dark’,” katanya.

Larian sejauh 5 kilometer mengelilin­gi bangunan UNISEL itu mempertand­ingkan dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

Kategori lelaki dimenangi Yagnish Nadarajah dengan catatan 17 minit diikuti Goh Jing Jing (19 minit) dan Wilson Raj Gunalan (21 minit).

Kategori perempuan pula dimenangi Nor Shila Mohd Fuzei dengan masa 26 minit diikuti Alia Nur Salsabila Zulkifli (27 minit) dan Nik Hany Nik Hamdy (29 minit).

Glow’Ria Night Run 2016 dirasmikan Timbalan Dekan Centre For Developmen­t of Foundation Studies (CDFS) Dr Hazeeq Hazwan Azman dan turut menampilka­n Miss Sarawak Earth, Air And Fire 2016 Jessica Kueh.

 ??  ?? PESERTA dan urusetia bergambar kenangan selepas tamat program.
PESERTA dan urusetia bergambar kenangan selepas tamat program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia