Harian Metro

WD Cyclistar enggan putus asa

-

Johor Bahru: Bahang kehangatan Harian Metro Moutain Bike (HMMTB) Grand Prix semakin terasa dan berbaki lebih kurang dua hari saja lagi namun pasukan WD Cyclistar tidak berputus asa untuk berlatih walaupun persediaan baru mencecah 60 peratus.

WD Cyclistar ditubuhkan pada 2011 dengan ahli seramai lima orang pada mulanya dan kini sudah mencecah 50 terdiri daripada pekerja syarikat WD Media Johor iaitu pembuat cakera keras nombor satu dunia.

Pengurus acara Suhairi Sulaiman berkata, 10 ahli pasukan yang mengambil bahagian dalam HMMTB kini yakin menghadapi cabaran walaupun baru membuat persiapan 60 petarus

(gambar)

kerana kekangan masa dan tugas.

“Persiapan untuk HMMTB cuma 60 peratus kerana kekangan masa. 10 peserta kami terdiri daripada pekerja yang bertugas shif pagi dan malam. Jadi ada kekangan di situ memandangk­an waktu siang kami memerlukan waktu rehat selepas bekerja pada waktu malam.

“Ahli kumpulan kami terdiri daripada ahli berbasikal bukit ‘downhill’ dan juga basikal jalan (road bike). Untuk ‘offroad’ kita lebih kepada latihan teknikal iaitu mendaki bukit dan juga ‘single trail’,” katanya semalam.

Menurutnya, pasukan itu kerap menyertai pertanding­an berbasikal di serata negeri di Malaysia, Singapura dan Indonesia, tidak kurang juga ada ahli dalam pasukan pernah menang dalam kelompok 10 teratas.

Menurut Suhairi, rutin kayuhan biasanya dilakukan pada malam Isnin dan Rabu di ‘on road’ sejauh 30 hingga 40 kilometer di sekitar Pasir Gudang dan Seri Alam dan ‘off road Pasir Gudang , Plentong dan Seri Alam.

“Sementara itu, pada Sabtu pagi pula kami lakukan kayuhan ‘off road’ dalam jarak yang sama. Pagi Ahad pula kayuhan di jalan raya untuk ketahanan sejauh 80 hingga 100 km di sekitar Johor Bahru.

“Selain kayuhan kami juga mengadakan latihan di gimnasium pada hari Selasa dan Jumaat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia