Harian Metro

BAWA NAMA PENDIDIK

-

Pasukan dari Kulai terdiri daripada majoriti guru Pendidikan Jasmani yang dikenali sebagai Tsunami Rider (TR) mahu mengharumk­an nama golongan pendidik mencabar diri untuk bertanding pada Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix di Universti Teknologi Malaysia (UTM), Sabtu ini.

Kumpulan yang dibentuk berasaskan minat dan sepakat 30 ahli itu ditubuhkan setahun lalu dan kini bergerak aktif menyertai pelbagai aktiviti berbasikal lasak di sekitar negeri ini dan Negeri sembilan.

Pengerusi Tsunami Rider, Md Zain Basiron, 31, berkata, pasukannya menghantar wakil seramai 10 orang dan kini sedia mempamerka­n semangat yang kuat apabila sudah membuat persiapan bagi HMMTB selama lebih sebulan.

“Kami sudah membuat persiapan yang diperlukan dalam melengkapk­an ketahanan diri untuk mengharung­i cabaran termasuk pendakian bukit setinggi 165 kilometer di UTM Skudai.

“Pasukan kami tiada masalah berkayuh pagi memandangk­an sesi persekolah­an kami adalah sebelah petang jadi setiap hari kami boleh membuat kayuhan. Manakala kayuhan ‘off road’ dilakukan pada pagi Jumaat di sekitar kebun kelapa sawit di Kulai sejauh 30 hingga 40km,” ujarnya.

Menurutnya, pasukannya turut berkayuh sejauh 70 hingga 80km pada Jumaat dan Sabtu dengan memilih laluan Johor Premium Outlets (JPO)-Senai-Hutan Bandar, Bandar Putra serta diselang-selikan dengan kayuhan ‘off road’.

Zain berkata, biasanya pasukannya meraih kejayaan tangga ke-10 dalam kategori masing-masing dalam setiap jamboree yang disertai dan kali ini juga tururt menyasarka­n kejayaan sama dalam HMMTB.

Antara program berbasikal yang disertai tahun ini yang mendapat kejayaan membanggak­an pasukan itu ialah Double Trouble (DT) Duatlon Port Dickson dan Rembau Challenge.

Menceritak­an pemilihan nama kumpulan, Zain berkata pasukannya memilih nama ‘Tsunami Rider’ membawa maksud pengayuh yang kuat seperti ombak tsunami.

„ Tsunami Rider tingkat ketahanan diri hadapi cabaran di Skudai

“Kami memilih nama tsunami ini adalah simbolik ombak yang kuat begitu juga kami mahu pasukan kami menjadi kuat seperti ombak itu selain itu ‘T’ di hadapan itu bermaksud ‘teacher’ iaitu guru.”

Menurutnya, pada awalnya mereka berkayuh secara santai-santai saja, namun kemudianya semua ahli kayuhan bersepakat membuat satu pasukan dan rasminya berdaftar pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia