Harian Metro

Woods rindu kawan

- AFP

Tiger Woods tidak mengetahui dirinya mempunyai ramai kawan dalam kalangan pencabar di arena golf hinggalah dia memerlukan sokongan apabila kembali beraksi buat kali pertama pada Cabaran Dunia Hero hari ini selepas berehat 15 bulan akibat kecederaan belakang.

Bekas pemain nombor satu dunia itu kembali menyertai kejohanan jemputan 18 pemain selepas tidak beraksi dalam sebarang kejohanan kompetitif sejak Ogos 2015, tempoh paling lama dia berehat dalam karier pemenang 14 kejuaraan utama itu.

“Saya merindui saat bersama dengan kawan-kawan di sini. Saya rindukan hubungan persaudara­an dan keakraban,” kata Woods semalam. “Saya memiliki ramai kawan rapat daripada apa yang saya sangkakan.”

Juara Masters AS dua kali Bubba Watson menyatakan Woods memiliki hubungan yang baik ketika dia menjadi inspirasi buat peminat namun hubungan bersama pencabar agak renggang.

“Tiger adalah lelaki hebat dan untuk melihat dia kembali, ia sesuatu yang bagus,” kata Watson. “Dia memiliki senyuman di wajahnya dan langkah yang sentiasa mendapat tumpuan ramai. Siapa yang peduli pasal golf?

“Saya fikir dia sudah mengetahui kami merinduiny­a. Kami merindui interaksi bersamanya, melihatnya berlatih, belajar dan terus belajar daripadany­a. Jadi saya fikir dia tahu betapa rindunya kami dengan kelibatnya.”

Woods rapat dengan beberapa pemain ketika menjadi

„ Teruja beraksi di Cabaran Dunia Hero selepas berehat 15 bulan

penolong kapten Piala Ryder Amerika Syarikat.

“Hubungan saya dengan pemain ini semakin rapat tidak kira ketika meluangkan masa di restoran (Woods Jupiter) atau ketika bermain di Piala Ryder. Ia saat yang menyeronok­kan,” kata Woods.

“Saya mempunyai ramai kawan yang membantu saya. Sukar untuk saya mengenal pasti berapa ramai pemain yang menyokong dan membantu saya kembali serta memberikan nasihat, bantuan tidak kira dari segi peralatan, permainan, bersama ketika makan malam, dalam kejohanan dan menjadi sebahagian daripada ikatan persaudara­an.”

 ??  ?? WOODS (kanan) bersama Watson ketika sidang media Cabaran Dunia Hero, kelmarin.
WOODS (kanan) bersama Watson ketika sidang media Cabaran Dunia Hero, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia