Harian Metro

Monaco kekal teraju

-

„ Gagal raih tiga mata selepas bolos lewat permainan

Monaco muncul pendahulu sementara Ligue 1 awal pagi semalam meskipun pasukan yang memiliki serangan terbaik di Eropah itu melepaskan gol pada saat akhir ketika seri 1-1 dengan Dijon.

Jaringan penyamaan Frederic Sammaritan­o tiga minit sebelum tamat membolehka­n tuan rumah mencuri satu mata selepas Monaco mendahului di awal permainan menerusi percubaan Guido Carrillo

pada minit ke-17. Monaco yang dianggap pasukan paling prolifik dalam lima liga terbesar di Eropah dengan menjaringk­an purata tiga gol setiap perlawanan kini mengumpul 33 mata dengan Nice namun memiliki perbezaan jaringan.

Nice boleh merampas semula status pendahulu itu apabila mereka berkunjung ke Guingamp awal pagi tadi dengan juara bertahan Paris Saint Germain menduduki tangga ketiga, satu mata di belakang

(gambar)

dan melayan kunjungan Angers di Parc des Princes.

Dalam aksi lain saingan Ligue 1, jurulatih Rennes Christian Gourcuff menyaksika­n anak buahnya tumpas 1-2 kepada bekas kelabnya Lorient manakala Lille berjaya menyelamat­kan diri daripada zon penyingkir­an hasil kemenangan 4-2 ke atas Caen.

Monaco pula terus melebarkan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an setakat ini.

Penyerang Argentina Carrillo berjaya membuka tirai jaringan di Stade Gaston Gerard apabila menyambut sepakan Djibril Sidibe yang gagal dikeluarka­n oleh penjaga gol Baptiste Reynet untuk gol keenam peribadi dalam kempen Ligue 1.

Sebelum Dijon menyamakan kedudukan, mereka hanya berjaya melakukan beberapa percubaan meskipun mendominas­i hampir sepanjang permainan babak kedua. Mereka kekal dengan rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak perlawanan pertama musim ini dan menduduki tangga ke-14 dengan 15 mata.

 ??  ?? AKSI Monaco ketika berdepan Dijon.
AKSI Monaco ketika berdepan Dijon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia