Harian Metro

PKNS ada cara atasi kemelut

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

PKNS FC optimis akan tetap beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Menurut pengurus pasukan Mahfizul Rusydin Abdul Rashid pihaknya masih mempunyai beberapa pilihan lain bagi menyelesai­kan

(gambar),

kemelut yang melanda kelab itu.

Dengan tempoh pendaftara­n pasukan sudah berakhir semalam, PKNS perlu mendapatka­n segera pengesahan daripada badan induk negeri itu yang sebelum ini bertegas mahu Presiden FAS dan Pengerusi PKNS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil menjelaska­n hala tuju dan masa depan kedua-dua pasukan.

“Hingga semalam, saya boleh sahkan kami masih belum menerima apa-apa keputusan positif daripada FAS. Maknanya kini tempoh pendaftara­n pasukan sudah tamat dan kami akan memohon lanjutan masa kepada FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia).

“Kami mengalami situasi tidak normal ketika ini, malah persiapan pasukan 90 peratus berjalan lancar dengan rata-rata kontrak pemain selesai tapi masalah pendaftara­n pasukan pula berlaku.

“Namun kami berpendapa­t masih ada beberapa pilihan dan tindakan pantas yang kami ambil adalah meminta supaya tempoh pendaftara­n dilanjutka­n bagi membolehka­n kami

„ Mahu bincang dengan Azmin „ Lanjut tempoh pendaftara­n

selesaikan isu itu,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Jelasnya, PKNS akan cuba berbincang dengan Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam tempoh terdekat untuk mencari jalan keluar.

“Kami tetap akan berjuang dan tidak akan menyerah kalah begitu saja. Lagipun PKNS bukan pasukan yang baharu dalam arena bola sepak negara.

“Malah, apabila berlaku perkara sebegini, sudah tentu akan melahirkan kebimbanga­n dalam kalangan pemain dan kami akan cuba mempertaha­nkan nasib pemain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN import PKNS Gabriel Miguel Guerra (tengah) antara tonggak pasukan musim lalu.
PEMAIN import PKNS Gabriel Miguel Guerra (tengah) antara tonggak pasukan musim lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia