Harian Metro

‘Undurlah Kim Swee’

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Sebagai jurulatih Datuk Ong Kim Swee perlu sedia mengundur diri selepas gagal mengemudi skuad Harimau Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF seperti ditetapkan.

Bekas jurulatih Terengganu, Yunus Alif menegaskan sudah tiba masanya Kim Swee melepaskan jawatan bagi memberi peluang kepada individu yang lebih layak.

“Bagi menjernihk­an keadaan lebih baik beliau (Kim Swee) melepaskan jawatan secara baik selepas gagal memikul tugas dengan sempurna, peluang yang terhidang seolah tidak dapat digunakan.

“Tanggungja­wab jurulatih sememangny­a berat sekiranya pasukan gagal individu terbabit perlu bertanggun­gjawab, kini terbukti Kim Swee tidak dapat membawa skuad Harimau Malaysia ke separuh akhir Piala AFF.

“Peluang yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Kim Swee sudah lama namun tidak banyak kejayaan berjaya diraih,” katanya.

Yunus yang pernah melatih Pulau Pinang dan Perlis berkata, apa juga alasan diberikann­ya (Kim Swee) berikutan kegagalan Harimau Malaysia sukar diterima peminat terutama selepas tewas 0-1 kepada tuan rumah Myanmar.

Katanya, walaupun berat buat Kim Swee melepaskan jawatan jurulatih skuad kebangsaan namun beliau perlu menerima hakikat sudah tiba masanya untuk mengundur diri.

“Kim Swee perlu mengikut jejak beberapa jurulatih tempatan dan antarabang­sa yang mengambil keputusan melepaskan jawatan apabila pasukan gagal menyerlah pada sesuatu kejohanan.

Yunus berkata, pasukan negara hanya sesuai mendapat sentuhan jurulatih asing sekiranya FAM ingin melihat skuad Harimau Malaysia mencatat kejayaan di pentas antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia