Harian Metro

Zahasmi teraju Kelantan

- Mohamad Zulhairie Manzaidi sukan@hmetro.com.my

Kelantan akhirnya menamatkan desas-desus siapa yang melatih pasukan itu musim depan apabila melantik Zahasmi Ismail

menggantik­an tempat yang ditinggalk­an ketua jurulatih musim lalu Velizar Popov.

Timbalan Presiden Persatuan

dua dari kiri)

(gambar

Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Afandi Hamzah berkata, pemilihan bekas pengendali kelab bola sepak Kementeria­n Kewangan (MOF FC) dalam Liga FAM itu adalah kerana kewibawaan­nya melatih pasukan itu dua musim lalu.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas beberapa susulan mesyuarat yang diadakan bersama Jawatankua­sa Eksekutif KAFA beberapa hari lalu.

“Selepas beberapa

siri perbincang­an diadakan bersama jawatankua­sa, kami menawarkan kontrak selama setahun kepada Zahasmi dan beliau bersetuju dengan syarat yang ditawarkan KAFA.

“Faktor utama pemilihan ini kerana beliau sudah mempunyai sejarah melatih Kelantan selain mempunyai pengalaman dan kepakaran bola sepak yang mendalam,” katanya.

Beliau berkata, rekod Zahasmi yang agak baik ketika melatih MOF pada musim

„ Bekas pengendali MOF FC ganti Popov untuk mantapkan The Red Warriors

2015 juga menjadi faktor pemilihan jurulatih itu.

“Pengalaman menjadi penolong jurulatih dan memangku jawatan ketua jurulatih Kelantan sebelum ini sudah tentu memberi kelebihan kepadanya untuk mengembali­kan semula reputasi pasukan The Red Warriors (TRW) yang berada di kedudukan keempat carta Liga Super tahun ini.”

Sementara itu, Zahasmi berterima kasih kepada KAFA kerana memberi peluang kepadanya untuk melatih Kelantan musim depan.

“Saya akan buat yang terbaik dan akan meneliti setiap pemain yang masih bersama pasukan sebelum memutuskan untuk mencari beberapa pemain tempatan dan import,” katanya.

“Saya sememangny­a sayangkan Kelantan dan kehadiran saya di sini diharap dapat membantu menaikkan pasukan ini pada musim depan, saya tidak mahu letakkan sebarang sasaran tapi saya janji yang terbaik,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia