Harian Metro

Saudagar kipas BESAR

- DARI MUKA 1

“Apabila menceburi dunia perniagaan sejak 10 tahun lalu, saya mula sedar inilah jiwa sebenar saya. Pada masa sama darah seni yang mengalir dalam diri tak boleh dilupakan. Justeru saya lakukan dua kerja pada satu masa.

“Cuma kebelakang­an ini saya berasa seperti bukan artis lagi kerana sudah lama tidak muncul dengan drama dan lagu. Namun, saya bersyukur kerana sehingga sekarang masyarakat masih mengenali saya,” katanya.

Diana yang juga isteri kepada pelakon Zamarul Hisyam berkata, tawaran berlakon dan menyanyi tidak pernah putus.

Namun disebabkan kekangan masa membataska­n Diana untuk bergerak aktif seperti zaman remaja dahulu.

“Saya menganggap apa yang diusahakan sekarang adalah rezeki Allah. Saya hanya menggunaka­n jalan betul. Saya bukannya nak kaya raya atau mengejar harta semata-mata, tetapi bersyukur dengan setiap pemberian-Nya.

“Kalau nak tahu, saya dan suami bukan jenis membazir. Kami lebih suka hidup dalam kesederhan­aan. Bukan cara saya menunjuk-nunjuk atau menjaja cerita.

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk mengatakan kehidupan saya sekarang seperti orang kaya lain. Sebaliknya saya berasa lebih seronok jika dikenali dengan kehidupan dahulu. Kalau ada yang beranggapa­n sedemikian, saya hanya aminkan doa mereka,” katanya.

Mengenai perniagaan kipas heli (heli fan), Diana yang juga adik kepada penyanyi Linda Rafar berbangga apabila apa yang diusahakan sejak Januari lalu itu mendapat sambutan sehingga Abu Dhabi dan China.

“Saya mahu lari daripada kebiasaan perniagaan yang dijalankan kebanyakan artis. Saya juga tak menyangka kipas heli ini mendapat sambutan. Bukan saja dalam negara, tetapi saya turut mengekspor­t ke luar negara.

“Apabila menjalanka­n perniagaan ini pada masa sama saya berniat untuk beramal. Ini kerana kebanyakan pelanggan wakafkan ke masjid. Pendek kata ini juga adalah dakwah kecil saya.

“Ada juga yang membeli dan menyerahka­n kepada saya untuk dipasang di mana-mana masjid terpilih. Jadi saya memenuhi hajat mereka dengan mencari masjid bersesuaia­n,” katanya.

Diana berkata, dia mahu menjadi contoh kepada orang ramai dengan memberanik­an diri mencuba sesuatu yang baru.

Malah, dia bersedia berdepan risiko mengalami kerugian kerana itu lumrah dalam perniagaan.

“Kenapa perlu takut mencuba sesuatu yang baru? Biarlah saya menjadi yang pertama dan seterusnya diikuti orang lain. Bagi saya tak salah untuk kita berkongsi rezeki. Cuma adat dalam bidang ini ada untung dan rugi.

“Saya memang banyak berfikir. Sekali pandang saya macam orang berusia 50 tahun yang berfikir jauh ke depan. Bagaimanap­un, saya puas dengan hasil perniagaan sekarang,” katanya.

- Sudirman Mohd Tahir

Dapat sambutan sehingga ke Abu Dhabi dan China

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia