Harian Metro

ELAK TERSILAP

- DARI MUKA 1

Sejak awal pembabitan Nadia sudah mempersiap­kan diri berdepan gosip dan kontrovers­i

“Saya tahu dengan adanya gosip dan kontrovers­i membuatkan seseorang lebih dikenali, tetapi hanya perkara itu yang kekal dalam ingatan peminat dan masyarakat. Jadi seboleh-bolehnya saya mengelak dikenali dengan cara sedemikian.

“Saya tak pernah terfikir pun untuk mencipta kontrovers­i semata-mata untuk meraih populariti. Namun, saya sanggup melakukan sesuatu yang bagus demi menjayakan sesuatu watak. Bagi saya itu lebih berbaloi kerana hasilnya nanti pasti dapat dinilai penggiat seni.

“Apa yang penting saya tak nak cari masalah untuk diri sendiri. Disebabkan itu saya sentiasa bersikap positif dalam semua perkara,” katanya.

Nadia yang juga pelakon utama drama Sweetie Nanie, bagaimanap­un sedia berdepan dengan segala kemungkina­n sejak mula melangkahk­an kaki dalam bidang lakonan.

“Kalau nak tahu saya lebih selesa menjadi diri sendiri di samping memberi fokus kepada kerja. Namun, sejak awal pembabitan lagi saya sudah mempersiap­kan diri untuk berdepan dengan gosip dan kontrovers­i.

“Bukan apa saya juga manusia biasa yang ada ketikanya melakulan kesilapan dan kesalahan. Saya tak boleh sentiasa berasa betul. Jadi tentu saja ada perkara yang saya terlepas pandang. Apatah lagi sekarang ini zaman teknologi dan media sosial.

“Namun bagi mengelak perkara itu saya hanya menjaga diri dan lebih berhatihat­i agar tak silap langkah,” katanya.

Selain itu, Nadia menafikan dia mengelak daripada berkawan dengan artis hanya kerana bimbang terpalit kontrovers­i.

“Soal berkawan saya sangat terbuka. Tidak ada istilah berkawan dengan artis boleh mendatangk­an banyak masalah atau sebaliknya. Bagi saya semua orang sama saja, cuma ia bergantung kepada pembawaan diri sendiri.

“Cuma prinsip saya berkawan itu perlu ada peraturan dan batasan. Paling penting kena pandai jaga diri. Pada masa sama, keluarga terutama ibu selalu menasihati saya agar sentiasa berhati-hati,” katanya.

BELUM ADA KEKASIH

Selepas putus cinta pada 2014, Nadia yang juga bekas penuntut bidang Penyiaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam mengakui lebih selesa solo tanpa sebarang komitmen.

“Saya pernah bercinta dan sudah melalui fasa melamar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia