Harian Metro

Terbang ke Jogjakarta

-

bakal ditayangka­n pada 11 Disember jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610).

Oh My English: Road to Jogja bakal menyaksika­n kemunculan tiga teraju utamanya iaitu Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) bersama beberapa selebriti terkenal memeriahka­n perjalanan kedua-dua telefilem ini.

Antara selebriti yang terbabit ialah Johan Raja Lawak, Jihan Muse, Mark Adam, Randy Pangalila dan Elfira Loy.

Menarik lagi, setiap bahagian menyaksika­n jalan cerita yang berbeza bagi melihat keindahan di bumi Jogjakarta, Indonesia.

Penolong Naib Presiden Kandungan GenNext Studios Yasmin Yahya berkata, kejayaan Oh My English buat tahun kelima tidak akan tercapai tanpa sokongan padu penonton.

“Selepas lima tahun bersiaran, siri ‘edutainmen­t’ popular ini ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan sambutan berterusan yang diberikan rakyat Malaysia.

“Musim terbaru Oh My English: After School juga berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila peminat setia kami terus memberikan maklum balas positif mengenai jalan ceritanya yang menarik dan elemen pembelajar­an Bahasa Inggeris yang dipaparkan dalam siri ini.

“Kami terharu kerana Oh My English masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan seperti biasa, telefilem yang dihasilkan adalah penghargaa­n Astro buat semua yang menyokong siri ini.

“Kali ini, telefilem yang mengangkat tema ‘persahabat­an, misteri dan pengembara­an makanan’ ini bukan sahaja memaparkan telatah bersahaja wajah kesayangan anda, tetapi kami juga tampilkan selebriti bernama besar,” Katanya.

Telefilem arahan Umi Salwana Omar itu menjalani pengambara­n di beberapa lokasi menarik di Semenanjun­g Malaysia seperti Ipoh dan Pulau Pinang.

Selain itu, bagi mendapatka­n mood dan suasana yang bersesuaia­n dengan tajuknya, kru produksi serta pelakon terbang ke bumi Jogjakarta untuk merakamkan beberapa babak utama di sana.

Siri Oh My English! merekodkan lebih 21 juta tontonan di You—

Tube selain mempunyai jumlah pengikut hampir 900,000 di laman media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram serta impaknya dapat dilihat menerusi interaksi media sosial yang cukup aktif.

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pelakon Oh My English : Road To Jogja.
BARISAN pelakon Oh My English : Road To Jogja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia