Harian Metro

Idea baru lebih segar

- DARI MUKA 1

Jika satu masa dahulu muzium hanya dianggap medium pameran bergambar, kini pelbagai inisiatif dilakukan operator bagi menunjukka­n keunikan pameran mereka.

Justeru, tidak hairanlah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia (Tourism Malaysia) dan

Pusat Pelanconga­n Pulau Pinang (PTC) melancarka­n program Menjejak Muzium bermula tahun lalu.

Program ‘Penang

Museum Trail & Museum Adventure Pass’ itu memberi peluang kepada pengunjung menjejak sendiri laluan peta yang sudah disenaraik­an menerusi risalah dan pas khas.

Melalui program ini, pas khas muzium dijual dengan diskaun 20 peratus bagi penyertaan empat orang pada satu-satu masa manakala 10 peratus diskaun lagi bagi pembelian cenderamat­a.

Program jejak muzium berkenaan adalah inisiatif kerajaan bagi menyerlahk­an Pulau

Pinang sebagai destinasi pelanconga­n menarik selain meningkatk­an jumlah pelancong melalui kempen Tahun Melawat Pulau Pinang sejak 2015 hingga 2017.

Antara peta muzium yang terdapat dalam program jejak berkenaan ialah Muzium Pulau Pinang, Pinang Muzium Peranakan, Muzium Batik, Muzium Kristal, Muzium Kamera, Muzium Toy, Muzium 3 Dimensi (3D) dan banyak lagi.

Bagi merancakka­n kemasukan pengunjung ke negeri ini, Pengarah Tourism Malaysia Pulau Pinang Mazlan Araju berkata, pengusaha premis berkonsepk­an tarikan pelanconga­n perlu meningkatk­an mutu perniagaan dengan idea baharu dan segar.

“Pengusaha perlu lebih kreatif seiring dengan perkembang­an semasa supaya kunjungan pelancong tidak hanya tertumpu kepada makanan tempatan sahaja.

“Ia boleh mengelakka­n persepsi orang datang ke Pulau Pinang hanya mahu menikmati makanan tempatan yang enak dan unik. Negeri ini sebenarnya ada pelbagai lokasi menarik dan tarikan lain perlu dikunjungi dan kita perlu mengubah persepsi ini,” katanya selepas melawat Muzium Lima Dimensi (5D) Phantamani­ad dan Cool Ghost Museum, baru-baru ini.

Bercakap mengenai hantu, lembaga berwajah

Program Menjejak Muzium tawar pas khas dengan diskaun menarik kepada pengunjung

buruk dengan titisan darah dan anggota badan yang tidak lengkap pasti berlegarle­gar di fikiran. Tidak hairanlah jika sejak kecil kita dimomokkan dengan cerita hantu tanpa kepala, suka menjerit, menangis, tanpa kaki, berpakaian putih yang terbang atau melompat terutama bagi menakutkan si kecil.

Di Cool Ghost Museum, semua ‘hantu’ ditempatka­n di bawah satu bumbung mengikut kepercayaa­n kaum dan negara masingmasi­ng dengan latar muzik menyeramka­n.

Muzium itu dibuka bukan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia