Harian Metro

Bercuti pada musim sejuk?

- Susunan Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Bermain salji sememangny­a cukup mengujakan terutama bagi kita yang tinggal di negara beriklim tropika.

Oleh itu, setiap kali musim sejuk di negara yang mempunyai empat musim, ramai mengambil peluang untuk bercuti di negara terbabit.

Mengemas beg untuk bercuti di musim sejuk nyata berbeza dengan percutian pada musim lain. Ini kerana banyak perkara yang perlu dititikber­atkan bagi memastikan keselesaan sepanjang bercuti.

Tip melancong minggu ini mengemukak­an panduan diberikan Independen­tTraveler.com mengenai barangan yang perlu dibawa dan jenis bersesuaia­n dengan setiap aktiviti serta keadaan anda sepanjang bercuti. perlu dititikber­atkan dalam pemilihan pakaian ialah baju yang boleh memanaskan badan, baju lengan panjang, sweater atau baju diperbuat daripada bulu biri-biri dan baju kalis angin atau air.

Jenis fabrik pula seeloknya daripada jenis kain kapas tebal. Tak kira lengan panjang atau pendek asalkan menggunaka­n baju panas ‘pullover’ dan jaket.

Untuk seluar pula, jenis kain yang tebal pilihan tepat. Menggunaka­n ‘thermal wear’ atau lebih dikenali sebagai longjohn dapat membantu menghangat­kan badan.

Pemilihan kasut sesuai ketika bercuti di musim sejuk sangat penting. Ini kerana sepanjang bercuti, kita banyak berjalan dan keselesaan kaki perlu dititikber­atkan.

Kasut sesuai untuk bercuti di musim sejuk perlu kalis cuaca, tapak tidak licin dan sesuai untuk keadaan basah, berwarna gelap supaya kurang nampak kotoran dan tahan lasak.

Ketika memilih kasut, kasut sukan atau but punya kebaikan tersendiri dan

Ada dua jenis sarung yang yang sesuai digunakan saat bercuti di negara bermusim sejuk. Satu daripadany­a mitten yang bentuknya seperti sarung tangan bayi. Mitten juga pelbagai bentuk iaitu ada yang menutupi keseluruha­n jari dan tapak tangan serta ada yang menutupi ibu jari dan empat jari lagi diasingkan.

Sarung tangan pula jenis kedua yang boleh digunakan pada cuaca yang sejuk. Sarung tangan ini punya pelbagai pilihan antaranya daripada kulit, polyester, vinil dan juga kain kapas.

Jika anda berada di luar dalam jangka masa lama atau ingin bermain salji, sarung tangan jenis vinil paling sesuai kerana ia mengelak tapak tangan anda basah.

Sarung tangan jenis mitten atau yang diperbuat daripada bulu biri-biri pula sesuai bagi anda berada di luar tetapi tidak melakukan banyak aktiviti terutama memegang peralatan.

Untuk mudah mengendali­kan telefon atau gajet, sarung tangan jenis ‘touch screen’ mungkin pilihan tepat.

Topi atau ‘snowcap’ turut memainkan peranan penting pada musim sejuk. Ramai tidak menyedari memakai topi ketika bersiar atau berada di luar ketika musim sejuk boleh membantu mengurangk­an rasa sejuk.

Namun, bukan semua topi boleh digunakan. Yang

Dalam memilih jaket atau kot sesuai dipakai pada musim sejuk, fabrik perkara paling utama. Biasanya, jaket untuk musim sejuk banyak pilihan tetapi sebaiknya pilihlah material luar daripada kain kapas atau bahan kalis air. Bahagian dalamnya pula biarlah daripada fabrik yang boleh memberikan kepanasan.

Saiz yang tepat, mempunyai topi atau ‘hood’ dan mempunyai poket juga adalah ciri jaket yang sesuai untuk digunakan.

Ini kerana dengan saiz yang tepat, ia boleh memampatka­n pakaian dengan badan anda, sekali gus mengurangk­an rongga udara, sekali gus udara sejuk tidak dapat masuk dan membuatkan anda sejuk.

Kaca mata polaroid: Membantu anda melihat dengan jelas walaupun sinaran matahari pada musim sejuk tidak begitu terik. Kaca mata polaroid juga sesuai dengan pelbagai keadaan.

Krim pelindung matahari: Pancaran matahari tidak terik tetapi ia mampu mengakibat­kan selaran matahari. Jadi, pemakaian krim pelindung matahari saat bercuti di musim sejuk juga adalah perlu.

Pelembap bibir: Ia membantu mengelakka­n bibir merekah disebabkan keadaan yang sejuk dan kering.

Skaf: Pilih skaf daripada material yang tebal untuk menambah kehangatan terutama di bahagian leher.

 ?? FOTO ?? JAKET pelengkap gaya dan memberikan kehangatan.
FOTO JAKET pelengkap gaya dan memberikan kehangatan.
 ??  ?? SARUNG tangan yang boleh menyentuh skrin memudahkan kita mengendali­kan telefon pintar atau gajet pada musim sejuk.
SARUNG tangan yang boleh menyentuh skrin memudahkan kita mengendali­kan telefon pintar atau gajet pada musim sejuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia