Harian Metro

LIHAT SESI BERI HAIWAN MAKAN

- DARI MUKA 1

Ketika berkunjung ke Sandakan baru-baru ini, penulis bersama keluarga sempat mengunjung­i tempat berkenaan yang bukan sahaja menarik, malah mempunyai keunikan tersendiri.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Sandakan beroperasi setiap hari dalam dua sesi iaitu dari jam 9 hingga 11 pagi dan 2 hingga 4 petang manakala sesi memberi makan orang utan pula pada jam 10 pagi dan 3 petang.

Untuk masuk ke pusat itu bagi melihat habitat orang utan dan petugas memberi susu dan pisang kepada haiwan berkenaan, bayaran RM5 untuk pengunjung warganegar­a berumur 17 tahun ke atas (RM30 bukan warganegar­a) manakala

RM2 bagi pengunjung bawah umur 17 tahun (RM15 bukan warganegar­a).

Pusat Konservasi

Beruang Madu Borneo (BSBCC) yang bersebelah­an pusat pemulihan itu pula menerima pengunjung setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 3.30 petang.

Bayaran masuk RM5.30 dikenakan kepada warganegar­a berumur 18 tahun ke atas (RM31.80 bukan warganegar­a) dan RM2.10 bagi pengunjung berumur 12 - 17 tahun (RM15.90 bukan warganegar­a) dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas.

BSBCC sebuah organisasi bukan kerajaan ditubuhkan pada 2008 dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Land Empowermen­t Animals People (LEAP) menjalanka­n aktiviti konservasi beruang madu atau nama saintifikn­ya Helarctos Malayanus melalui penjagaan kebajikan haiwan, pendidikan, penyelidik­an dan pemulihara­an.

Pengunjung berpeluang melihat sebahagian daripada 40 ekor beruang madu di pusat itu menerusi pelantar yang disediakan, namun tidak semua haiwan itu akan keluar kerana radius kawasan hutan itu luas.

Ketika kunjungan itu, kami dapat melihat beberapa ekor beruang madu berkeliara­n di habitatnya untuk mendapatka­n makanan manakala seekor daripadany­a memanjat pokok tinggi berhampira­n pelantar itu.

Di pusat itu, haiwan berkenaan mendapat perlindung­an dari segi penjagaan kebajikan dan pemulihara­an dengan persekitar­an habitat semula jadinya, sekali gus menjadi daya tarikan pelancong.

Satu lagi destinasi menarik yang perlu dikunjungi ialah Taman Buaya Sandakan yang terletak di Batu 8, Jalan Labuk. Ia pusat pemelihara­an buaya berlesen pertama di Sabah.

Taman itu yang menempatka­n pelbagai jenis dan saiz reptilia beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Bayaran masuk untuk melihat pelbagai saiz buaya yang dipelihara di taman itu ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun.

Pengunjung juga

Pusat pemulihan orang utan, beruang madu, monyet Belanda nanti

kunjungan

berpeluang melihat sesi memberi makan buaya setiap hari sebanyak tujuh kali antara jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Persembaha­n buaya juga diadakan pada waktu tertentu.

Berhampira­n kaunter menjual tiket masuk terdapat sebuah kolam yang menempatka­n seekor ikan arapaima besar untuk tatapan pengunjung sementara menunggu tiket dibeli.

Sebaik melangkah masuk ke taman itu, pengunjung yang melalui jambatan kayu dapat melihat beberapa ekor buaya di dalam kolam konkrit di bawah laluan berkenaan.

Dua ekor buaya diberi nama Tako dan Taki ditempatka­n dalam kolam di taman buaya itu yang dianggap reptilia paling tua di situ.

Tako yang berasal dari Lahad Datu berumur lebih 70 tahun seberat 800 kilogram dan sepanjang 5.18 meter dipindahka­n ke pusat pemelihara­an itu berikutan keganasann­ya membunuh empat penduduk di daerah berkenaan.

Taki pula ditempatka­n di taman buaya itu ketika berumur dua tahun dan usianya kini lebih 55 tahun dengan berat 700 kilogram dan sepanjang 4.8 meter.

Selain reptilia pelbagai saiz di beberapa kolam, taman buaya itu turut menempatka­n ikan kap, keli, burung unta, memerang, rusa, burung merak, landak dan beberapa haiwan lain sebagai tarikan tambahan.

Pengunjung turut berpeluang memberi makan ikan dan rusa berkenaan.

Kenangan berkunjung ke Taman Buaya Sandakan perlu disimpan dalam memori kehidupan dengan merakam gambar kenangan bersama keluarga di ‘photo booth’ yang menyediaka­n replika buaya pelbagai gaya. - Hai Rozzaman Jala

 ??  ?? PUSAT Pemulihan Orang Utan Sepilok tawar pengalaman menarik.
PUSAT Pemulihan Orang Utan Sepilok tawar pengalaman menarik.
 ??  ?? SEEKOR beruang madu memanjat pokok menarik perhatian pengunjung di Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo di Sepilok.
SEEKOR beruang madu memanjat pokok menarik perhatian pengunjung di Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo di Sepilok.
 ??  ?? PENGUNJUNG memberi makan ikan kap dalam kolam yang terdapat di Taman Buaya Sandakan.
PENGUNJUNG memberi makan ikan kap dalam kolam yang terdapat di Taman Buaya Sandakan.
 ??  ?? SI ‘Bujang Lapuk’ ditempatka­n di kolam untuk persembaha­n buaya di Taman Buaya Sandakan.
SI ‘Bujang Lapuk’ ditempatka­n di kolam untuk persembaha­n buaya di Taman Buaya Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia